BTS dan Shila Amzah tersenarai dalam Top 30 bawah 30 tahun Forbes Asia

Forbes telah mengumumkan senarai tahun 2018 bagi Top 30 bawah 30 tahun Asia!

Senarai tahunan 2018 telah memilih 30 individu atau secara berkumpulan di bawah umur 30 tahun yang paling berpengaruh di setiap 10 kategori di Asia. Selain itu, pihak berkaitan telah menambah kepada 300 pemilihan dari lebih  2,000 pencalonan.

Juri bagi kategori Hiburan & Sukan termasuk Kris Wu dan Chatri Sityodtong, seorang artis dan usahawan dari Thailand.

Daripada 30 selebriti yang dipilih untuk kategori Hiburan & Sukan, tujuh daripanya adalah dari Korea Selatan. Para atlet termasuk rock climber Kim Ja In, pemain golf Park Sung Hyun, figure skater You Young, dan skeleton racer Yun Sung Bin. Turut tersenarai  adalah Ahn Seo Hyun, pelakon muda yang membintangi “Okja,” dan pemain piano Cho Seong Jin.

BTS dipilih sebagai satu-satunya artis K-pop yang tersenarai.   “Jika anda bertanya kepada kebanyakan orang Amerika untuk menamakan satu artis Korea sepanjang tahun lalu, kemungkinan besar jawapannya adalah BTS.” Forbes terus menyatakan  pencapaian mereka di pasaran Amerika Syarikat, termasuk penampilan BTS di  The Ellen DeGeneres ShowJimmy Kimmel Live, dan American Music Awards.

Pemilihan Shila Amzah juga tidak kurang hebatnya.  Beliau adalah penyanyi dan penulis lagu, dan merupakan artis rakaman Malaysia yang pertama memasuki pasaran muzik Cina. Selepas memenangi pertandingan realiti menyanyi di China, nama Shila Amzah terus menjadi sebutan ramai. Beliau berpindah ke China, dan mempelajari bahasa Mandarin dan Kantonis untuk mengembangkan popularitinya di negara tersebut. Beliau mempunyai lebih dari 2.3 juta peminat di Weibo, dan sebagai wanita Islam, beliau juga turut cuba mempromosikan tentang Islam. Pencapaian beliau sememangnya membanggakan rakyat Malaysia.

Jom lihat 30 pilihan untuk kategori Hiburan & Sukan!

Tahniah kami ucapkan buat Shila Amzah dan juga kumpulan BTS!

sumber : Forbes 1 | Forbes 2

loading...