Terima kasih YG Entertainment, mungkin Hello YNK Entertainment – Lee Jong Suk

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kontrak pelakon Lee Jong Suk bersama YG Entertainment akan berakhir

Baca : Lee Jong Suk – Antara terus kekal atau berubah angin selepas tamat kontrak dengan YG Entertainment

Pada awal 26 Mac, YG Entertainment telah mengesahkan bahawa kontrak pelakon itu akan tamat pada 31 Mac dan menambah, “Selepas perbincangan menyeluruh dengan Lee Jong Suk mengenai kontraknya yang bakal berakhir, beliau akhirnya memutuskan untuk tidak akan memperbaharui kontraknya. Seperti kebiasaan, kami akan sentiasa menyokong beliau dan yakin beliau akan terus memberikan yang terbaik. “

Berikutan kenyataan rasmi YG Entertainment, sebuah portal berita melaporkan bahawa Lee Jong Suk akan menyertai YNK Entertainment. Agensi tersebut juga turut menguruskan beberapa pelakon  seperti Kim In Kwon, Kim Hyun Joo, dan Shin Hye Sun, yang mana mereka berdua akan digandingkan untuk sebuah siri drama pendek akan datang.

Bagaimanapun, pada lewat petang yang sama, YNK Entertainment telah memberi respons kepada mengenai kebarangkalian Lee Jong Suk bakal menyertai mereka.

Sumber dari syarikat itu berkata, “Memang benar kami ada membincangkanmengenai kontrak eksklusif dengan Lee Jong Suk. Walau bagaimanapun, tiada sebarang keputusan muktamad dicapai berhubung perkara tersebut.

Sumber : star.mk | mydaily  | OSEN  

loading...