Status drama OCN Voice musim ke-2 masih tergantung; Jang Hyuk mungkin tak sertai

Drama OCN Voice musim pertama sebelum ini sememangnya mendapat liputan meluas bukan saja di Korea, malah di Malaysia sekalipun. Masakan, nama seperti Kim Jae Wook boleh dikenali sebagai penjahat yang diingati oleh peminat Kdrama Malaysia sehingga tercalon “Popular Villian” dalam 6th Cari Kdrama Awards baru-baru ini (Sila undi di sini). OCN Voice yang ditayangkan pada awal tahun lepas juga berjaya meraih rating tertinggi untuk cenel berkenaan yakni 5.7%.

Menurut jurucakap produser tv berkenaan, perbincangan masih diteruskan dan proses pemilihan pelakon pun masih belum diputuskan lagi. Maka, status drama ini masih samar-samar samaada akan ditayangkan ataupun tidak bergantung pada keputusan produksi tv OCN. Khabarnya, mereka tayangkan juga pada bulan Jun ini. Mereka juga mengesahkan Jang Hyuk mungkin tak menyertai siri ke-2 ini.

Kim Jae Wook sebagai pembunuh bersiri yang dicari oleh sekumpulan polis selama ini. Wataknya meninggalkan kesan agak dasyat di minda penonton.

OCN Voice yang dibintangi oleh Jang Hyuk, Lee Ha Na dan Kim Jae Wook ini mengisahkan tentang sekumpulan polis dinamakan sebagai “Golden Team” yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa dengan cepat dan pantas sebaik saja mereka membuat aduan kecemasan melalui panggilan 112. Waktu genting dinamakan sebagai “masa emas” ini ialah sekitar satu hingga 10 minit yang perlu diselongkar oleh sekumpulan polis tersebut untuk mengelakkan kejadian tak dingini berlaku.

Sumber: xsportnews , sport chosun

 

loading...