Sooyoung SNSD bertekad menjadi pelakon sepenuh masa

Sooyoung atau dikenali sebagai Choi Soo Young merupakan salah seorang idol daripada kumpulan Girl Generation atau dikenali sebagai SNSD. Namun setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia idol, beliau telah memutuskan untuk meninggalkan Girl Generation bagi menumpukan pada aktiviti lakonan yang merupakan minat beliau sejak lama.  Beliau telah pun menandatangani kontrak perjanjian dengan agensi hiburan EcoGlobal.


Pelakon yang pernah tercalon Best Actress 3rd Cari Kdrama Awards ini memuatnaik gambar di laman sosialnya baru-baru ini menampakkan auranya sebagai pelakon. Dari senyumannya yang terpapar di hadapan kamera menyerlahkan lagi kredibiliti pelakon muda ini. Bagi penulis, jika dibandingkan dengan bekas rakan sekumpulannya, Yoona, Sooyoung mempunyai bakat yang lebih besar dalam bidang lakonan kerana jarang sekali lakonannya dikritik secara teruk, mahupun dipertikaikan.

Sooyoung sedang membintangi drama MBC The Man Who Sets The Table yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Anda boleh tonton drama ini di cenel Astro 394, Oh! K.

Sumber: xsportnews

loading...