MBC batalkan tayangan drama selepas Two Cops & I am Not Robot sehingga Mac 5

MBC telah membuat keputusan untuk menggugurkan tayangan drama selepas “Two Cops” dan “I am Not Robot” sementara bagi memberi laluan pada program sukan Olimpik Pyeongchang yang akan berlangsung tak lama lagi. Kedua-dua drama tersebut masing-masing mengisi slot Isnin-Rabu dan Rabu-Khamis. Bagaimanapun, MBC masih meneruskan tayangan drama “Money Over Flowers” dan “Mans Who Set The Table” seperti biasa.

Oleh itu, drama MBC seterusnya, The Great Seducer atau dikenali sebagai “Love Game” akan ditangguhkan penayangannya sehingga Mac 5.

Menurut jurucakap penyiar berkenaan, “Walaupun MBC boleh menayangkan drama secara tergesa-gesa bagi memenuhi tuntutan jadual, tapi bagi kami agak mustahil untuk tak menangguhkan drama seterusnya.”

Sumber: mk news

 

loading...