Top 5 Anugerah Cari Kdrama Ke-6: Goblin kuasai hampir semua pencalonan TERBAIK & POPULAR

Diam tak diam, Cari Kdrama Award tiba lagi untuk kali ke 6. Anugerah kali ini agak unik kerana menampilkan pelbagai drama daripada pelbagai genre. Drama keluaran cenel kebel terutamanya tvN kebanyakannya menguasai hampir semua kategori.

Chicago Typewriter bolot pencalonan TERBAIK terbanyak, disusuli Goblin & Because This is My First Life

Chicago Typewriter mendapat pencalonan terbanyak sekali didahului dengan Drama of The Year, Best Director dan Best Screenplay selain 3 pelakon utamanya tercalon dalam kategori lakonan.

Kita mula dulu dengan drama paling banyak mendapat jumlah nominasi  kedua-dua bahagian, kategori TERBAIK dan kategori POPULAR yang tak lain tak bukan ialah tvN Goblin.  tvN Goblin yang berkisarkan tentang pahlawan masa lampau yang dihidupkan semula sebagai Goblin dan perlu mencari teman hidup untuk kekal relevan di dunia, berjaya mendapat pencalonan menerusi Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Cinematography, Best Album Production, Song of The Year, Best Ensemble Casts, Best Actor melalui “Gong Yoo” dan Best Supporting Actor melalui “Lee Dong Wook” selain kategori POPULAR sebanyak 11 pencalonan (Rujuk perenggan di bawah).  tvN Chicago Typewriter yang berkonsepkan “jelmaan semula” bagi kehidupan masa depan lebih baik, pula mendahului senarai pencalonan kategori TERBAIK dengan pencalonan hampir kesemuanya termasuklah Best Actor melalui “Yoo Ah In” , Best Actress melalui “Im Soo Jung” dan Best Supporting Actor melalui “Go Jung Pyo”. Di samping itu, drama yang dikenali pada lewat tahun ini yakni tvN Because This is My First Life pula berjaya menempatkan di beberapa kategori utama termasuklah Best Actor melalui “Lee Min Ki” , Best Actress melalui “Jung So Min” dan Best Supporting Actress melalui “Esom”. tvN Because This is My First Life berkisarkan tentang kehidupan rumahtangga berbentuk “slice of life” yang diuji dengan cabaran. Ketiga-tiga drama di atas berjaya meraih pencalonan utama: Drama of The Year, Best Director dan Best Screenplay sekaligus meluaskan lagi potensi untuk membolot kemenangan tersebut.

tvN Forest of Secrets/ Stranger antara drama terbaik pernah dihasilkan pada tahun ini padat dengan aksi mendebarkan dan penuh dengan misteri.

Tapi jangan tak diduga kehebatan drama yang agak “underrated”, iaitu tvN Forest of Secrets dan MBC Rebel: Thief Who Stole The People masing-masing memperoleh pencalonan dalam kategori Drama of The Year dan Best Screenplay, sekaligus tak menidakkan peluang mereka untuk menggondol anugerah kemuncak berkenaan. tvN Forest of Secret yang menceritakan tentang penyelongkaran penyelewangan berlaku di kalangan politikus dan professional daripada perspektif pendakwaraya, telah dinobatkan sebagai pemenang Drama of The Year di dalam 1st Seoul Awards dan Editor’s Picks oleh portal dramabeans manakala MBC Rebel: Thief Who Stole The People yang berkisarkan tentang perjuangan rakyat marhaen menegakkan hak mereka di hadapan kerabat dan bangsawan turut diangkat sebagai pemenang Best Drama di Korean Drama Awards tahun 2017.  Terakhir sekali, SBS Romantic Doctors Teacher Kim juga berjaya menggondol pencalonan Drama of The Year dan Best Director. Drama berkonsepkan perubatan ini bukan saja menghidupkan balik genre “medikal” di dalam industri drama, tapi padat dengan pelbagai aksi pembedahan yang memegunkan. Antara yang tercalon Drama of The Year lagi ialah OCN Black, SBS Falsify, KBS Queen for Seven Days, dan KBS Chief Kim.

Persaingan lakonan menyaksikan enam calon merebut bagi setiap kategori: Best Actor, Best Actress, Best Suppporting Actor dan Best Supporting Actress

Duo serasi drama tvN Goblin, Gong Yoo dan Lee Dong Wook masing-masing meraih pencalonan Best Actor dan Best Supporting Actor. Ini juga kali pertama drama nukilan Kim Eun Sook mendapat pencalonan Best Actor dan Best Supporting Actor sekali. Sebelum ini, hanya tercalon kategori supporting saja menerusi drama SBS Heirs dan KBS Descendants of The Sun.

Kita beralih pada kategori lakonan pula. Best Actor menyaksikan enam aktor merebut anugerah berkenaan. Sedikit mengecewakan apabila nama aktor Cho Seung Woo daripada tvN Forest of Secrets tak tersenarai kali ini.  Walaubagaimanapun, calon-calon Best Actor kali ini agak sengit untuk diperkatakan kerana nama-nama mereka tersenarai bukan calang-calang orangnya disebabkan lakonan yang sangat cemerlang. Pertama sekali, Gong Yoo menerusi tvN Goblin yang berjaya meraih Best Actor Paeksang Art Awards pada pertengahan tahun ini bakal dipintas oleh pemenang dua kali Best Actor CARI Kdrama Awards, Ji Sung menerusi drama hitnya, SBS Defendants yang juga meraih Best Actor di 1st Seoul Awards dan Grimae Awards. Tapi, jangan sangkal kehebatan Nam Goong Min  daripada KBS Chief Kim, calon tiga kali berturut-turut anugerah acting CARI Kdrama Awards yang sebelum ini tercalon Best Supporting Actor menerusi SBS I Can See Your Smell dan menang menerusi SBS Remember: War of The Son. Selain Yoo Ah In dan Lee Min Ki, Han Suk Kyu pemenang daesang SBS tahun lepas turut melengkapkan senarai.

Best Actress menyaksikan nama-nama seperti Kim Hee Sun (jtbc Woman of Dignity), Jung Rye Won (KBS Witch Court), Seo Hyun Jin (SBS Temperature of Love),  Jung So Min (tvN Because This is My First Life), Kim Ah Joong (tvN Live Up To Your Name) dan Im Soo Jung (tvN Chicago Typewriter). Peluang lebih besar semestinya antara tiga nama terawal tetapi ketiga-tiga nama kemudiannya tidak kurang hebatnya.

Best Supporting Actor pula agak menarik komposisinya kerana dianggotai oleh pelakon baru dan juga pelakon senior. Sememangnya, Lee Dong Gun (KBS Queen for Seven Days) agak menyerlah tahun ni dengan watak raja Yeosangun yang rakus dan kejam selain perwatakannya yang gila dan sadis. Beliau bakal disenggol oleh Lee Dong Wook menerusi kemunculan “dewa maut” agak berkesan di dalam tvN Goblin. Woo Do Hwan, nama baru dalam dunia drama, juga tersenarai dengan drama KBS Mad Dog lakonan beliau. Yoo Jun Sang yang penyabar sebagai ketua editor akhbar (pencalonan ke-2 beliau selepas Best Actor untuk SBS Heard It Through Grapevine) dan Gong Jung Pyo sebagai hantu dimensi masa di dalam tvN Chicago Typewriter juga melengkapkan lagi senarai kali ini.

Honey Lee antara calon Best Supporting Actress yang sukar digugat barangkali lakonannya sebagai gundik Jang Nok Su yang agak hebat untuk diperkatakan sehingga menyapu bersih semua anugerah yang dicalonkan. Beliau bakal disaingi oleh Park Eun Bin, Park Seo Young, Esom, Lee Yo Young dan Song Ha Yoon.

Jika Best Actor menampilkan calon-calon kompetitif, tak kurang juga untuk senarai Best Supporting Actress kali ini. Paling menyerlah ialah Honey Lee menerusi lakonan bersahaja beliau sebagai gundik datangnya daripada pelacur, Jang Nok Su di dalam MBC Rebel The Thief  Who Stole People. Namun, pasti sesiapa tak dapat menyangka karisma lakonan Park Eun Bin di dalam jtbc Age of Youth 2 yang membuatkan penonton beremosi. Esom dan Park Se Young berjaya menampilkan watak ala-ala feminism yang agak diingati peminat kdrama pada tahun ini masing-masing menerusi drama tvN Because This is My First Life sebagai gadis berwawasan tinggi yang dihimpit dengan kehidupan sosial lelaki dan SBS Whisper sebagai perempuan yang agak licik dalam merangka serangan. Akhir sekali Lee Yo Young (OCN Tunnel) sebagai professor kriminalogi tak berperasaan melengkapkan senarai.

Video-video pencalonan:

https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674164672974526/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674164672974526/” bottom=”30″]

https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674162536308073/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674162536308073/” bottom=”30″]

https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674278592963134/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/674278592963134/” bottom=”30″]

https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/673659889691671/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/kmaniamy/videos/673659889691671/” bottom=”30″]

Kategori popular didominasi oleh tvN Goblin dan SBS While You Are Sleeping.

Kedua-dua drama ini memberi persaingan sengit bagi kebanyakkan kategori. Mampukah antara drama ini mendominasi kemenangan atau sebaliknya. Drama Goblin dan While You Were Sleeping masing-masing berjaya mendapatkan 11 nominasi daripada 15 kategori yang dipertandingkan. Boleh dikatakan bahawa kali ini pencalonan yang diterima agak variasi. Pencalonan tidak tertumpu kepada populariti semata-mata tetapi pemilihan yang telah dibuat berdasarkan prestasi yang pengundi rasa ianya mampu untuk diketengahkan. Boleh juga dikatakan kategori popular ini menunjukkan drama-drama yang bertanding mendapat tontonan ramai dikalangan pengundi.

Berikut merupakan nominasi penuh bagi kategori popular.

Favorite Drama:

  • [jtbc] Strong Woman Do Bong Soon
  • [tvN] Because This is My First Life
  • [KBS] Fight For My Way
  • [SBS] While You’re Sleeping
  • [tvN] Goblin

Favorite Lengthy Drama:

  • [MBC] Bad Thief, Good Thief
  • [KBS] My Father is Strange
  • [KBS] My Golden Life

Popular Actor

  • Gong Yoo – [tvN] Goblin
  • Ji Chang Wook – [SBS] Suspicious Partner
  • Lee Dong Wook – [tvN] Goblin
  • Lee Jong Suk – [SBS] While You’re Sleeping
  • Nam Goong Min – [KBS] Chief Kim / [SBS] Falsify

Popular Actress

  • Jung So Min – [tvN] Because This is My First Life
  • Kim Ah Joong – [tvN] Live Up To Your Name
  • Kim Go Eun – [tvN] Goblin
  • Park Bo Young – [jtbc] Strong Woman Do Bong Soon
  • Suzy – [SBS] While You’re Sleeping

Best Memorable Scene

  • [tvN] Live Up To Your Name – Dr. Heo Im & Dr Yeo Kyung dating together at the beach
  • [tvN] Goblin –Kim Shin & Grim Reaper thought that the Apps Store was to go to the store by themselves
  • [tvN] Goblin – Kim Shin & Grim Reaper were honed while they are walking together to buy the leeks
  • [tvN] Goblin – Kim Shin surprised Ji Eun Tak with his sudden appearance while holding the beef steak
  • [tvN] Live Up To Your Name – Dr. Heo Im & Dr Yeo Kyung hugged together before they separated

Couple of The Year

  • Gong Yoo & Lee Dong Wook – [tvN] Goblin
  • Ji Chang wook & Nam Ji Hyun – [SBS] Suspicious Partner
  • Kim Nam Gil & Kim Ah Joong – [tvN] Live Up To Your Name
  • Lee Jong Suk & Suzy – [SBS] While You’re Sleeping
  • Park Seo Joon & Kim Ji Won – [KBS] Fight For My Way

Popular Ahjussi

  • Han Suk Kyu – [SBS] Romantic Doctor, Teacher Kim
  • Jo Sung Ha – [OCN] Save Me
  • Kim Byung Chul – [tvN] Goblin
  • Kim Won Hae – [jtbc] Strong Woman Do Bong Soon / [SBS] While You’re Sleeping
  • Song Seung Hun – [OCN] Black

Popular Ahjumma

  • Hwang Young Hee  – [SBS] While You’re Sleeping
  • Kim Sun Young  – [tvN] Because This is My First Life
  • Lee Il Hwa  – [KBS] Chief Kim / [KBS] Witch Court
  • Ra Mi Ran – [tvN] Avengers Social Club

Popular Rookie Actor

  • Dong Ha – [SBS] Suspicious Partner / [KBS] Chief Kim
  • Jung Hae In – [SBS] While You’re Sleeping
  • Kim Jung Hyun – [KBS] School 2017
  • Woo Do Hwan – [OCN] Save Me / [KBS] Mad Dog
  • Yang Se Jong – [SBS] Temperature of Love / [SBS] Romantic Doctor, Teacher Kim

Popular Rookie Actress

  • Esom – [tvN] Because This is My First Life
  • Kim Se Jeong – [KBS] School 2017
  • Mun Ka Young – [tvN] Live Up To Your Name
  • Seo Ye Ji – [OCN] Save Me / [KBS] Hwarang
  • Yoon So Hee  – [MBC] Ruler: Master of Mask

Popular Child Actor

  • Nam da reum – [SBS] While You’re Sleeping
  • Jo Yun Ho – [KBS] Fight For My Way
  • Kim Ye Joon – [MBC] Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
  • Jung Ji Hoon – [tvN] Goblin
  • Yoon Chan Young – [jtbc] Strong Woman Do Bong Soon

Popular Child Actress

  • Heo Jung Eun – [KBS] Oh My Geumbi
  • Lee Han Seo – [KBS] Fight For My Way
  • Roh Jeong Eui – [tvN] Live Up To Your Name
  • Shin Rin Ah – [tvN] Live Up To Your Name

Best Kissing Scene

Popular Villian

  • Dong Ha – [SBS] Suspicious Partner
  • Jang Mi Kwan – [jtbc] Strong Woman Do Bong Soon
  • Kim Jae Wook – [OCN] Voice
  • Lee Sang Yeob – [SBS] While You’re Sleeping
  • Uhm Ki Joon – [SBS] Defendants

Worst Overrated Drama

  • [KBS]    Hwarang: The Beginning
  • [tvN]    Goblin
  • [MBC]    Hospital Ship
  • [tvN]    Criminal Minds
  • [tvN]    Bride of the Water God

Drama Poster’s Choices

  • [tvN] Goblin
  • [SBS] While You’re Sleeping
  • [jtbc] The Package
  • [tvN] Live Up To Your Name
  • [KBS] Hwarang: The Beginning

Trivia

  • Bagi kategori pelakon popular, ini merupakan kali ke-5 Lee Jong Suk bertanding dalam kategori Popular Actor, kali ini menerusi drama terbitan SBS, While You Were Sleeping. Bagaimanapun, beliau belum pernah memenangi kategori tersebut. Mungkinkah kali ini beliau akan memenangi kategori ini? Jadi, buat peminat setia Lee Jong Suk undilah pelakon kegemaran anda ini kerana undian anda bakal menentukan kedudukan beliau untuk kali ke-5 ini.

  • Untuk kategori Popular Ahjumma, nampaknya Ra Mi Ran sekali lagi tercalon dalam kategori yang sama melalui drama Avengers Social Club. Sebagai tambahan, beliau juga merupakan pemenang kategori ini pada tahun lepas. Mampukah Ra Mi Ran mempertahankan kemenangan dengan mendapat saingan daripada Hwang Young Hee dan juga “trio ahjumma” daripada drama Reply 1988 sendiri, yakni Kim Sun Young dan Lee Il Hwa, kerana kesemua calon telah memberikan aksi yang terbaik?

  • Bagi kategori Best Memorable Scene, nampaknya drama Goblin dan Live Up To Your Name mendominasi. Pastinya adegan-adegan ini berjaya mencuri perhatian para peminat K-Drama sehingga mendapat undian tertinggi untuk disenaraikan dalam carta Top 5. Namun ianya tidak menampakkan variasi kerana ianya didominasi oleh dua drama yang sama.
  • Kategori Couple Of The Year, nampaknya memberikan saingan yang agak sengit kerana setiap pasangan mempunyai kelebihan masing-masing. Ini juga merupakan kali pertama kategori ini mendapat nominasi daripada pasangan lelaki iaitu Gong Yoo dan juga Lee Dong Wook menerusi drama Goblin. Ini merupakan kali ketiga Lee Jong Suk dan pasangannya bertanding. Kali ini dengan Suzy menerusi drama While You Were Sleeping. Bagaimanapun Lee Jong Suk pernah memenangi kategori ini bersama Park Shin Hye pada tahun 2015 menerusi drama Pinocchio. Mampukah beliau mengulangi kemenangannya kali ini? Anda yang akan tentukan segalanya.
  • Bagi kategori Popular Villain, ianya adalah kali pertama kategori ini diperkenalkan serta dipertandingankan. Kategori ini diwujudkan untuk menghargai pelakon yang berjaya membawakan watak antagonis dengan begitu baik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton. Rata-rata calon yang bertanding memiliki peluang untuk menang kerana mereka berjaya meyakinkan penonton bahawa mereka berjaya menjiwai watak bersifat antagonis dengan cemerlang. Namun kategori ini didominasi oleh pelakon lelaki.
  • Sesuatu yang agak mengejutkan apabila Goblin tersenarai dalam kategori Worst Overrated Drama dan juga Drama Of The Year. Ini mengingatkan pada CariKdrama Awards tahun lepas apabila drama Decendants Of The Sun juga mengalami nasib yang sama seperti drama Goblin. Drama Decendants Of The Sun juga mendominasi pencalonan kategori popular tahun lepas. Jika anda tidak mengundi, mungkin drama Goblin bakal mendapat nasib yang sama seperti Decendants Of The Sun.

Kesimpulannya, andalah yang telah memilih setiap calon yang bertanding bagi setiap kategori kerana anda mengetahui yang terbaik untuk anda. Oleh itu, anda juga yang akan menentukan pemenang menerusi undian yang bakal dibuat. Perlu diingatkan undian yang baik adalah berdasarkan prestasi keseluruhan sesebuah drama dan bukannya bergantung kepada para pelakon sahaja. Perkara ini boleh dilihat melalui CariKdrama Awards 2016 apabila drama Signal mendominasi kemenangan walaupun tidak dibarisi oleh pelakon yang popular. Mereka dinilai dari segi naskah karya yang hebat, plot cerita yang sangat kemas dan persembahan para pelakon yang memberikan sesuatu diluar jangkaan, yakni lakonan yang begitu memberangsangkan. Apapun, semuanya terserah kepada anda. Jika anda peminat K-drama sila laksanakan tanggungjawab untuk mengundi. Undian ini akan ditutup pada 17 Januari 2018.

UNDIAN ANUGERAH CARI KDRAMA KE-6 : https://kmania.info/6th-2017-carikdrama-awards/

 

 

loading...