Buat pertama kalinya, Kim Woo Bin memuatnaik status di laman sosialnya selepas 7 bulan disahkan menghidapi kanser hidung. Kim Woo Bin mengaku bahawa dia telah menjalani rawatan radioterapi sebanyak 25 kali kitaran berserta 3 kali rawatan kemotrapi, dan mampu untuk bertahan setelah membaca mesej pengharapan dan sokongan daripada netizen.
Kim Woo Bin juga memberitahu bahawa dia kerap menjaga makan minum nya mengikut apa yang disarankan doktor. Akhir kata, Kim Woo Bin berharap kesihatan menjadi semakin baik dan cuba bekerja keras untuk bertahan lebih lama. Dia juga berazam tahun 2018 menjadi hari yang bahagia buat dirinya dan mereka yang banyak membantu memberikan sokongan padanya.
Kim Woo Bin merupakan pelakon agak terkenal di Korea Selatan menerusi drama KBS Uncontrobablly Fond, KBS School 2013 dan SBS Heirs di mana drama berikutnya melayakkan namanya tersenarai Best Supporting Actor dalam 2nd Cari Kdrama Awards lepas.
Sumber: huffington