Cinta lokasi lagi, Jung So Min dan Lee Joon sah bercinta

Berikutan pendedahan eksklusif tentang kedua-duabintang dari drama KBS Father is Strange ini oleh portal Dispatch sempena Tahun Baru , agensi Lee Joon telah mengesahkan mereka bercinta.

Gambar ‘dating’ mereka tersebar setelah Dispatch memuatnaik di laman portal mereka di mana Jung So Min dilihat mengezipkan baju sejuk yang dipakai Lee Joon sambil mereka berdua berpegang tangan kemudiannya. Jung So Min baru saja selesai membintangi drama tvN Because This Is My First Life. Beliau mendapat pencalonan Best Actress dan Popular Actress di dalam 6th CARI Kdrama Awards di mana keputusannya ditentukan pada 20 Jan 2017 ini (Sila undi di sini) selain drama berkenaan yang meraih pencalonan dalam Drama of The Year, Best Director, Best Screenplay, Best Actor menerusi pelakon Lee Min Ki dan Best Supporting Actress melalui pelakon Esom.

Lee Joon pula sedang bercuti daripada latihan khidmat tentera selama lima hari dan foto-foto berkenaan dipetik sewaktu mereka keluar bersama-sama selepas membeli belah (mungkin selendang). Lee Joon dan Jung So Min pernah menjadi pasangan di dalam drama KBS Father is Strange sebelum mereka lebih serius untuk menjalinkan hubungan cinta luar dari lokasi penggambaran sejak dari October lepas. Bak kata seorang wartawan yang yakni teruja dengan pendedahan berkenaan, “Lee Joon’s winter this year is the warmest one”. Tahniah diucapkan buat pasangan sejoli ini. Moga berkekalan ke jinjang pelamin!

Sumber: dispatch, news1kr

loading...