[HANGAT] Taeyang bakal kahwini kekasih hati, Min Hyo Rin

kredit gambar : yonhap/YG

18 Disember, sumber berita Star News melaporkan bahawa Taeyang BigBang dan Min Hyo Rin merancang untuk berkahwin. Umum ketahui bahawa Min Hyo Rin adalah cinta sejati Taeyang.

Sumber itu berkata, “Taeyang dan Min Hyo Rin bersiap-sedia untuk berkahwin pada awal tahun depan yang mana majlisnya dirancang sekitar Februari 2018. [Mereka] merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan sebelum Taeyang menjalani khidmat ketenteraannya. “

Percintaan kedua-dua seleberiti ini telah diketahui umum pada bulan Mei 2015 dan hubungan mereka telah berjalan selama tiga tahun. Taeyang bakal menjalani khidmat tenteranya tidak lama lagi. Oleh itu, pasangan ini ingin berkahwin sebelum Taeyang memulakan perkhidmatannya. Akhirnya, bersatu juga pasangan kekasih ini.

BACA : Media Jepun Melaporkan G-Dragon, Taeyang, Daesung Dan Seungri Akan Memasuki Military Musim Bunga 2018.

Ianya sesuatu yang menggembirakan, apabila kedua-dua agensi Taeyang dan Min Hyo Rin telah mengesahkan berita perkahwinan mereka yang akan datang! Sumber dari agensi mereka berkata, “Memang benar bahawa mereka akan berkahwin pada Februari tahun depan. Yang pasti ianya bukanlah perkahwinan bersifat terpaksa (shotgun wedding). “

Taeyang juga telah berkongsi berita baik ini menerusi laman Instagram beliau.

View this post on Instagram

안녕하세요. 태양입니다. 오늘 제 인생에 있어 가장 중요하고 행복한 약속을 여러분들께 알리려고 합니다. 4년이라는 오랜시간동안 늘 한결같이 제 곁을 지켜준 민효린씨와 앞으로의 여생을 함께 하기로 맹세했습니다. 힘들 때나 좋을 때나 언제나 변치않고 저를 믿어준 사람이기에 이제는 그녀와 함께 아름다운 가정을 꾸리고 싶습니다. 그동안 서로 마주보며 다져온 사랑을, 앞으로도 둘이 같이 한곳을 바라보며 걸어가겠습니다. 저를 가족처럼 아껴주신 모든 팬분들과 빅뱅 멤버들 그리고 YG 식구들, 관계자 분들 진심으로 감사드립니다. 앞으로 더욱 책임감있고 겸손한 모습으로 살아가겠습니다. 태양과 민효린 저희 두 사람이 마주할 앞 날을 축복해 주시면 감사하겠습니다. Hello everyone, this is Taeyang. Today, I want to share with you guys about the most important and joyful promise I have made in my life. I have pledged to spend the rest of my life with Min Hyorin, the one who has always stuck by me for the past four years. Through all the good times and the bad times, she has always believed in me and now I look forward to making a beautiful life together. To all the fans who always treated me as if I was family, to all of my Big Bang members, to all of my YG family, to everyone I’ve ever had the pleasure to work with and meet, I want to say THANK YOU. I will continue to live my life with responsibility and humility. My hope is that you will continue to support us and give your blessings for our future ahead as a couple.

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__) on

Sebelum itu, Taeyang telah menemani Hyo Rin Ke di Indonesia (atas urusan kerja). Sekembalinya mereka ke Korea pada 18 Disember, keduanya dilaporkan mempersiapkan majlis perkahwinan mereka.

Tahniah KMania ucapkan kepada Taeyang dan Min Hyo Rin!

Jom tonton lagu MV Taeyang – Eyes, Nose Lips yang katanya didedikasikan kepada Hyo Rin. Sweet kan

sumber : Naver , Naver

loading...