Song Joong Ki & Song Hye Gyo tinggal bersama di banglo berharga 35 billion won

Apa-apa saja mengenai pasangan selebriti popular ini sering menjadi sebutan dan liputan meluas oleh media-media tempatan dan juga luar negara. Mengikut laporan dikeluarkan oleh OBS, pasangan ini telah termeterai perjanjian dengan agen perumahan di Itaewon dan tinggal bersama di rumah agam berharga 35 billion dalam pasaran tempatan. Dalam unit matawang Malaysia, harga banglo kecil ini lebih kurang ~ RM 1.3 juta.

Tambah mereka lagi, keputusan diambil memandangkan keadaan ekonomi dan prestasi kerjaya tak berapa menentu di masa akan datang. Walaupun harganya mungkin tidak munasabah, tetapi mereka mengatakan pelaburan lebih awal tak banyak berbeza dengan pelaburan bagi 3 tahun akan datang. Jika ada tawaran hartanah lebih baik suatu masa nanti, mereka akan merebut peluang berkenaan.

Pasangan Song-song sedang menjalani hidup sebagai suami isteri di Itaewon, Seoul. Projek terbaru mereka selepas berkahwin belum lagi diumumkan lagi setakat ini.

Sumber: OBS Entertainment

loading...