[Sohor kini] Perjanjian sehidup semati Song Joong Ki – Song Hye Gyo tular di laman sosial

Mereka sudah pun melangsungkan perkahwinan pada 31 October, yakni dua minggu yang sudah. Tapi, peminat masih lagi dahagakan berita tentang mereka. Baru-baru ini, perjanjian ditandatangani bersama oleh pasangan yang memenangi “Couple of The Year” dalam 5th Cari Kdrama Awards ini tular di laman sosial hiburan Sina yang berpangkalan di Hong Kong, China.

Perjanjiannya diterjemahkan berbunyi begini,

“Aku berikrar dengan nama Song Hye Kyo sebagai isteriku. Kita merentasi jalan yang dilalui setiap manusia di muka bumi ini. Kadang-kala, hujan dan badai melanda, kita akan tercampak ke atas batuan. Tapi, apa saja yang berlaku, kita tetap teguh memegang tangan bersama dan bangkit kembali menempuhi liku-liku. Aku akan mengukirkan senyuman, memberitahu mereka bahawa benda ini kecil saja dan aku akan jadi lebih berani lagi. “

Perjanjian itu diakhiri dengan kapsyen ” Isteriku yang dihormati. ”

Pasangan Song-Song yang dikenali menerusi drama Descendants of The Sun ini sedang melayari bahtera bersama di Eropah. Dalam pada itu, Song Hye Kyo memuatnaik gambar di sebuah restoren sambil tangannya menekup dagunya yang mana jelas cincin perkahwinan mereka tersarung di jari manisnya . Terpancar kegembiraan daripada sosok wajahnya. Mereka dijangka pulang semula ke Korea Selatan pada semalam, 12 November.

Sumber: instagram Song Hye Kyo , sina

loading...