Undian Awal 6th CARI Kdrama Awards telah dibuka!!!

CARI Kdrama Awards kembali lagi untuk kali ke-6. Untuk peringkat awal ini sehingga 25 Dec 2017, anda kena mengundi dengan mengemukakan pencalonan di sini (>>KLIK SINI<<) . Top 5 bagi setiap kategori seperti Favourite Drama, Popular Actor, dan sebagainya ditentukan berdasarkan jumlah terbesar pencalonan diraih. Setiap orang hanya dibenarkan mengundi sekali saja.

Jangan tunggu lama-lama. Mari mengundi pelakon kegemaran anda supaya mereka tercalon top 5, seterusnya memenangi anugerah tersebut. Berikut diceritakan sedikit perihal tentang  CARI Kdrama Awards:

Anugerah CARI Kdrama (CARI Kdrama Awards) ialah anugerah kritikan yang dikelolakan oleh Persatuan Pengkritik Kdrama Malaysia di bawah anjuran Kmania. Anugerah ini dianggap sebagai penghargaan terhadap kritikan diberikan tanpa penerima perlu hadir untuk menerimanya. Tujuan anugerah ini diadakan adalah  untuk memberikan idea kepada peminat tentang senarai tahunan kdrama yang perlu ditonton oleh mereka seperti yang disyorkan oleh majlis pengkritik, dengan sokongan keseluruhan peminat kdrama saban tahun.

Proses memilih calon untuk Top 5 adalah dengan menganalisis ulasan yang dikemukakan oleh peminat kdrama Malaysia untuk setiap drama yang mereka tonton. Proses analisis akan dilakukan dengan kritikal tanpa sebarang prasangka atau kecenderungan terhadap populariti atau kemenangannya sebelum ini. Kami, Persatuan Drama Pengkritik Malaysia mengumpul semua ulasan kdrama dari tiga penyiar utama – KBS, SBS & MBC dan saluran kabel – tvN, JTBC, OCN. Sementara untuk kategori populariti pula, kami membuka undian awal supaya mereka dapat menamakan calon kegemaran mereka. Sepanjang proses ini, kami akan menilai dan memilih drama yang berkualiti dan terbaik untuk dicalonkan untuk Top 5.

Sebaik saja Top 5 bagi setiap kategori diumumkan, undian akan dibuka untuk membolehkan mereka mengundi bagi menentukan pemenang untuk setiap kategori. Akhir sekali, semua keputusan yang dibuat sama ada melalui ulasan yang dihantar mahupun undian bagi pengiktirafan populariti, adalah datangnya daripada pencinta kdramas Malaysia!

Bermula 2016, Anugerah CARI Kdrama telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan komuniti fandom Malaysia dan dipaparkan di beberapa media utama tempatan seperti tv9, Harian Metro, Cari Infonet dan banyak lagi. Kami mengucapkan terima kasih banyak kepada pengakuan mereka!

Tahun 2017 ini adalah kali keenam sejak Anugerah CARI Kdrama dilancarkan pertama kali pada tahun 2012. Kira-kira sebanyak 66 drama akan dinilai berdasarkan drama-drama korea yang disiarkan pada awal Jan 2017 hingga 25 Dis 2017.

Maklumat lebih lanjut mengenai 6th CARI Kdrama Awards boleh dibaca di https://kmania.info/6th-2017-carikdrama-awards/.

loading...