Dalam data nielsen yang dikeluarkan semalam, KBS Witch at Court berjaya memintas rating selesa yang pernah dikecapi SBS Temperature of Love selama ini walaupun baru saja disiarkan minggu lepas. KBS Witch at Court telah meraih rating sebanyak 9.1 menurun sedikit daripada 9.5 diperolehinya pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, KBS Witch at Court pertama kali memintas SBS Temperature of Love yang berada di tempat ke-2 dengan rating sebanyak 6.8% pada episod 3 yang disiarkan semalam. Kehadiran drama baru MBC 20 Century Boy and Girl juga telah menyebabkan jurang kedua-dua drama ini sangat dekat.
KBS Witch at Court disiarkan setiap Selasa dan Rabu jam 8.55 malam dan boleh ditonton melalui cenel astro 391 / 392 KBS World manakala SBS Temperature of Love pula disiarkan lebih awal jam 6.55 pm pada hari yang sama di ONE TV Asia, cenel astro 393. Ulasan kedua-dua drama ini boleh dibaca di sini:
- https://kmania.info/2017/10/17/jung-ryeo-won-tersengih-bak-mak-lampir-dalam-kbs-witch-at-court/
https://kmania.info/2017/10/17/jung-ryeo-won-tersengih-bak-mak-lampir-dalam-kbs-witch-at-court/
2. https://kmania.info/2017/10/11/5-sebab-kenapa-sbs-temperature-of-love-mesti-ditonton/
https://kmania.info/2017/10/11/5-sebab-kenapa-sbs-temperature-of-love-mesti-ditonton/
Sumber: Nielsen