tvN Asia sah siarkan drama terbaru “Player” gandingan mantap Song Seung Heon & Krystal

Drama ekspres 24 jam tvN terbaru di Asia – Player (玩家) – yang dibintangi oleh pelakon hebat yang pernah memenangi pelbagai anugerah; Song Seung-heon (宋承宪) dan penyanyi serta pelakon Krystal (郑秀晶), akan ditayangkan secara eksklusif di rangkaian TVN di Singapura, Malaysia dan Indonesia mulai 30 September (Setiap Ahad & Isnin) pada jam 21.45  (GMT + 8). Dengan kejayaan besar drama ekspres sebelum ini seperti “What’s Wrong With Secretary Kim” dan “Familiar Wife”,  tvN menjangkakan drama “Player” akan terus menarik perhatian penonton  dengan element yang mendebarkan dan penuh emosi.

“Player” mengisahkan empat penjenayah yang berbakat, , iaitu “Players”, yang merompak hasil kejahatan dan kembalikan  kepada orang miskin atau mereka yang memerlukan ibarat kisah lagenda “Robin Hood”. Pasukan ini terdiri daripada penipu (conman) veteran Kang Ha-ri (Song Seung-heon); pemandu mahir Cha Ah-ryung (Krystal); penggodam profesional Im Byung-min (Lee Si-eon); dan ‘fighter’ yang punya semangat juang semulajadi Do Jin-woong (Tae Won-suk). Berbeza dengan drama aksi tipikal lain yang beri fokus kepada polis atau detektif, “Player” membawakan kisah yang berbeza di mana ia cuba mengetengahkan dari sudut penipu, yang biasa saja terjadi, atau anda mungkin mengatakan watak tersebut tidak benar. Ini sememangnya menarik perhatian para krew produksi dan mungkin juga penonton.

Tambahan pula, ini merupakan penampilan pertama Krystal dalam filem aksi yang nampaknya menarik perhatian penonton. Krystal pernah berkongsi rasa mengenai cabaran pertamanya, “Saya selalu impikan untuk berlakon dalam drama aksi. Walaupun banyak adegan dalam drama “Player” memerlukan banyak latihan, barisan para pelakon dan pengarah yang sangat berpengalaman dan saling mengambil berat, buat saya rasa dijaga dengan baik. Keseluruhan penggambaran adalah menarik dan menyeronokkan. “Ia mendedahkan bahawa Krystal akan mengambil peranan dalam banyak adegan mengejar kereta, yang mengubahnya dari seorang wanita cantik elegan sebelumnya kepada dari peranan sebelumnya kepada seorang “girl crush” pemandu tanpa kenal erti takut!

Apabila empat orang dengan latar belakang yang berlainan dan personaliti yang berbeza bergabung, apakah kisah yang mendebarkan akan terjadi kepada mereka? Nantikan kemunculan gandingan sempurna “Gang of Four” ini untuk tontonan anda!

“Player” akan disiarkan di tvN di Singapura, Malaysia dan Indonesia mulai 30 September (Setiap Ahad & Isnin) jam 21:45 (GMT + 8), dalam tempoh 24 jam selepas siaran di Korea, dengan sari kata dalam bahasa Inggeris, Mandarin, bahasa Malaysia dan Indonesia. Jom saksikan sedutan drama “Player” ini.

Player is available on tvN in the channels listed below

Singapore:
新電信電視 Singtel TV Channel 518 (HD) / Channel 619 (HD)

星和視界 StarHub TV Channel 824 (HD)

Malaysia:
Astro Channel 395 (HD) / Astro GO

unifi tv Channel 211 (HD) / unifi playtv app

Indonesia:
My Republic Channel 46 (HD)

Transvision Channel 321 (HD)

loading...