Andy dan Min Woo Shinhwa Pantas Siapkan Hidangan Berbanding Eric

Andy dan Minwoo Shinhwa menjadi tetamu ke -5 dalam episode Three Meals A Day- Seaside Ranch. Episode itu telah disiarkan pada 6 October yang lalu di saluran tvN. Pastinya momen ini ditunggu oleh peminat untuk menyaksikan ketiga-tiga anggota Shinhwa bergabung menyiapkan hidangan. Eric pasti tersenyum lega, bila impiannya agar Andy muncul dirancangan tersebut tercapai.

Andy dan Minwoo tiba di Pulau Deukryang sebelum Lee Seo Jin, Eric dan Yoon Kyun Sang menyediakan hidangan makanan mereka. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun cuba memprovok Andy dan Minwoo untuk menyediakan makanan.

Krew penggambaran  sedia maklum tentang persembahan Eric yang agak perlahan dalam penyediaan makanan. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila Andy dan Minwoo sangat pantas menyediakan hidangan makanan. Apabila krew pengambaran bertanya adakah mereka sentiasa pantas sebegitu, Minwoo menjawab, ” Andy memasak dengan cepat, walaupun dia sebenarnya bukanlah seorang yang penyabar,”. Kemudian Andy berjaya membuatkan semua orang ketawa.

Apabila kakitangan bertanya kepada veteran idol itu jika mereka sentiasa cepat, Minwoo menjawab, “Andy memasak dengan cepat, walaupun dia tidak mempunyai keperibadian yang tidak sabar.” Kemudian, Andy membuat semua orang ketawa ketika dia berkata, “Saya  tidak sabar ! Lihat saya. Adakah saya tidak sabar ? Bagaimana awak boleh tahan dengan saya selama 20 tahun ini?

Andy menambah, “Saya suka rancangan ini, jadi saya sering menontonnya. Tetapi anda semua pasti sangat kecewa melihat Eric. Saya hampir ‘meletup’ melihatnya! “

Dengan kehadiran Andy dan Minwoo Shinhwa dalam rancangan ini, ianya menandakan episode musim ke-4 Three Meals A Day bakal berakhir.

Jom saksikan kepantasan Andy dan Minwoo menyediakan hidangan makanan bagi keluarga Three Meals A Day

Rancangan Three Meals A Day boleh ditonton disaluran Astro TVN ( Ch 395) dan HyppTV (Ch 601) pada setiap Sabtu jam 9 Malam. Untuk episode ke-10, korang boleh tonton dikaca tv pada minggu hadapan.

Sumber : nate

loading...