Rasai Kemeriahan Jeongseon Arirang Festival Di Gangwon

Apa itu Arirang?

“Arirang” (아리랑; [a.ɾi.ɾaŋ]) adalah lagu rakyat Korea yang popular serta penuh dengan semangat dan budaya Korea. Ia juga dianggap sebagai lagu kebangsaan tidak rasmi Korea. Pada dasarnya ia adalah lagu yang sederhana, ia terdiri daripada bait-bait ‘Arirang, arirang, arariyo’ dan dua baris mudah, yang berbeza dari rantau ke rantau.

Lagu ini wujud dalam pelbagai variasi di seluruh negara. Bersama dengan Jeongseon Arirang dari Jeongseon County, Gangwondo (Wilayah Gangwon), beberapa variasi yang paling terkenal dan paling terpelihara termasuk Jindo Arirang dari pulau Jindo di Jeollanam-do (Wilayah Selatan Jeolla), Miryang Arirang dari Miryang di Gyeongsangnam-do (Wilayah Gyeongsang Selatan), dan Bonjo Arirang, juga dikenali sebagai Gyeonggi Arirang atau Shin Arirang (New Arirang), dari Seoul. Antara bait-bait lagu Arirang yang dinyanyikan oleh penyanyi lagu tradisional.

https://www.youtube.com/watch?v=gkM_LXUCMeA

Arirang, Arirang, Arariyo…
Arirang gogaero neomeoganda.
Nareul beorigo gasineun nimeun
Simnido motgaseo balbbyeongnanda

Arirang, arirang, arariyo.
Arirang, crossing over the hill,
My dear who has abandoned and left me
Has not even traveled ten miles before having feet pains

Pesta Jeongseon Arirang pula adalah perayaan tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Oktober dalam usaha untuk memelihara dan membangunkan “Jeongseong Arirang”, dan warisan kebudayaan yang tidak ketara (Intangible Cultural Heritage of Humanity) yang diperakui oleh UNESCO pada bulan Disember 2012.

Jeongseon Arirang juga telah diiktiraf sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Gangwondo No.1 dan kini Korea memegang 15  Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (intangible cultural heritages of humanity)  termasuk Pansori (opera Korea) dan Ganggangsullae (tarian bulatan tradisional).

Banyak acara dijalankan semasa Pesta Jeongseon Arirang ini berlangsung dengan acara utama adalah persembahan lagu Arirang. Pesta dirasmikan dengan perarakan berkostum dan persembahan rakyat jalanan. Antara acara yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung adalah seperti berikut :

  • Upacara pembukaan festival
  • Persembahan bertema
  • Persembahan jalanan dan busking
  • Pertunjukan Tradisional
  • Pertandingan Arirang ssireum (gusti Korea)
  • Pengalaman Budaya Kontemporari
  • Pertukaran budaya tradisional
  • Persembahan kreatif
  • Pameran, promosi dan lain-lain
  • Pameran kaligrafi Jeongseon Arirang
  • Pertandingan penulisan kebangsaan
  • Pertandingan melukis
  • Pertandingan tarian cover K-POP
  • Pertandingan memanah
  • Persembahan muzik dari para pelajar,
  • Persembahan muzik pertanian Nakdong
  • Fusion Korean Music Performance  and musical
  • Makanan pelbagai budaya dan pengalaman memakai pakaian tradisional

Tarikh festival: 29/9/2017~2/10/2017

Masuk / Yuran Penyertaaan: Percuma

Alamat: 112, Bongyang-ri, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Lokasi: Jangseon-eup Arari Park

Pengangkutan:

Dong Seoul Bus Terminal (intercity bus ke Jeongseon) → lebih kurang 3 jam 20 minit ke Jeongseon Terminal (teksi ke kawasan festival) lebih kurang 5-10 minit.

Sumber: visitkorea.or.kr

Sejarah Arirang

Pembinaan Semula Istana Gyeongbokgung: Jeongseon Arirang tersebar di seluruh negara

Pada tahun 1867, semasa pemerintahan Daewongun (Putera Lee Ha Eung), bapa kepada Gojong (Maharaja terakhir Dinasti Joseon), bangunan istana Gyeongbokgung telah dibina semula. Mereka juga dan membina kompleks besar-besaran dengan 330 bangunan dan 5,792 bilik. Berdirinya Istana Gyeongbokgung di atas tanah seluas 4,657,576 kaki persegi, menjadikannya sebagai simbol ikonik bagi negara Korea dan institusi keluarga diraja Korea.

Pembinaan semula istana ini memakan masa selama 7 tahun dan pekerja di seluruh negara telah dipanggil ke Hanyang (nama lama Seoul) untuk bekerja di tapak pembinaan ini. Pekerja menyanyikan pelbagai lagu rakyat bersama untuk melegakan tekanan sambil menghiburkan diri. Di antara banyak lagu, Jeongseon Arirang adalah yang paling popular kerana ia mempunyai bahagian korus yang menarik untuk dinyanyikan bersama-sama iaitu “Arari-Arirang”.

Selepas kerja pembinaan semula istana selesai, kesemua pekerja pulang ke kampung halaman mereka dan lagu Arirang telah tersebar di seluruh wilayah Korea. Dalam proses ini, dikatakan telah menimbulkan kebangkitan lagu Arirang yang lain seperti “Jeongseon Arirang,” “Miryang Arirang,” dan kini paling terkenal “Arirang,” “Gyeonggi Arirang”.

Nyanyian tragis mengenai pemisahan dan kehilangan orang yang dicintai, Arirang yang juga simbol kebangsaan bukan sahaja mengisahkan sejarah masa lalu Korea, tetapi juga melibatkan sejarah dramatik  moden. Ia berfungsi sebagai simbol perjuangan perit getir  rakyat Korea untuk meraih kemerdekaan di bawah pemerintahan kolonial Jepun.

Arari / Ararichon Village

Kampung Ararichon mempunyai replika rumah tradisional yang terletak di Jeongseon. Di sini para pengunjung dapat merasai gaya hidup tradisional masyarakat Jeongseon kerana tempat ini dipelihara serta dijaga dengan baik.

Patung Arca yang diinspirasi oleh Park Ji Won dari novelis Yangbanjeon menerusi novel berjudul “A Story of a Nobleman”

Terdapat beberapa buah rumah tradisional Jeongseong dengan keunikan senibinanya seperti Rumah Jeoreupjib, Rumah Neowajib (sebuah rumah yang berbumbung), Rumah Doljib (sebuah rumah berbumbung batu), dan Rumah Gwiteuljib (rumah kayu) yang tidak terdapat di kawasan lain .

Lokasi: 37, Aesan-ro, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Arirang School Memories Museum

Pandangan dari luar Arirang School Memories Museum

Muzium yang  mempamerkan artifak sejarah dari zaman moden hingga ke era kontemporari ini terletak  di dalam kawasan Sekolah Jeongseon Arirang. Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan dari zaman terdahulu seperti buku nota dan buku teks, ttakji (adalah permainan tradisional Korea Selatan yang dimainkan menggunakan lipatan kertas) serta 1,125 koleksi artifak-artifak rakyat yang lain.

gambar ihsan Yong Ma

Selain itu, barangan isi rumah , beberapa objek harian serta hampir 4,000 item berkaitan lagu rakyat Arirang turut dipamerkan.

Sekitar Jeongseon Arirang School

Lokasi: 565, Jungbak-ro, Shindong-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do.

Jeongseon Arirang Academy

Jeongseon Arirang adalah lagu rakyat tempatan yang menyampaikan tentang perasaan masyarakat Jeongseon, iaitu sebuah kampung di kawasan pergunungan dan  juga dikenali sebagai Arari. Lagu ini secara tradisinya dinyanyikan oleh orang tempatan yang tidak tahu membaca atau menulis dan secara logiknya tiada rekod yang dapat disimpan sebaiknya pada waktu itu.

Oleh itu, Akademi Jeongseon Arirang ditubuhkan untuk  mempromosikan Jeongseon Arirang dan menurunkan warisan tradisi lagu rakyat Korea kepada masyarakat zaman kini. Akademi ini menyediakan bilik pengajaran, bilik rujukan Jeongseon Arirang, dewan persembahan Jeongseon Arirang dan lain-lain. Kelas Arirang diadakan pada hari Rabu untuk sesi mengenali serta mempelajari Arirang dari penyanyi berpengalaman Jeongseon Arirang. Kelas ini terbuka kepada orang ramai.

A (Arirang)-Train

Kereta api ini mula beroperasi pada 22 Januari 2015 dari Stesen Cheongnyangni  (timur laut Seoul) ke Auraji melalui beberapa stesen di Gangwon-do, termasuk Mindungsan dan Jeongseon. Anda juga boleh singgah di Pasar lima Hari yang terletak di Jeongson sebleum tiba di Auraji.

Jadual perjalanan A-Train

Huruf “A” di awal nama keretapi ini berasal dari “Arirang” (lagu rakyat Korea), “amazement” dan “adventure”. Kereta api ini mempunyai empat gerabak dengan tema tingkap besar serta dinding yang berbeza. Antaranya Sky Room, Tea Room dan dua lagi gerabak diwarnakan dengan warna serantau iaitu merah, kuning, biru dan ungu. Kesemua warna ini mewakili ciri-ciri geografi Jeongseon seperti Dong River dan gunung-ganang.

Disudut luar keretapi ini diwarnakan dengan warna ungu Pulsatilla (bunga rasmi daerah Jeongseon) dan dihiasi corak lengkung yang melambangkan melodi muzik Arirang.

Antara aktiviti yang diadakan dalam A-Train seperti berikut :

  • Sesi bercerita
  • Persembahan muzik
  • pertunjukan silap mata
  • Permainan kuiz

A-Train bakal mendapat sambutan ramai  sejajar  penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dan juga lokasinya yang berdekatan dengan temasya sukan tersebut. Oleh itu, pengurusan A-Train juga akan menambah bilangan perkhidmatannya bagi kemudahan para penumpang.

Harga tiket :

  • Cheongnyangni-Auraji : KRW 27,600
  • Mindungsan-Auraji : KRW 8,400
  • Pass harian : KRW 48,000

sumber : korea.net    Let’s Korail  Let’s Korail (For Online Booking)

Makanan Apa Yang Boleh Anda Cuba?

Gondrebap

Makanan ini sangat terkenal di kawasan Jeongseon/Taebaek. Gondrebap  adalah semangkuk nasi kukus yang dicampur dengan gondre dan biasanya akan ditambah dengan sos tradisional Korea seperti seasoning sos, gochujang (pes lada merah) dan Doenjang (pes kacang soya ).

Gondre, bahan utama penyediaan makanan ini, adalah tumbuhan sayuran liar yang tumbuh di pergunungan Korea termasuk Wilayah Gangwon. Gondre mempunyai rasa yang sedap, rangup, penuh dengan vitamin dan tidak pahit seperti sayuran liar yang lain.

Kotdeungchigi Guksu

Kotdeungchigi guksu adalah makanan yang berasakan mi gandum. Kotdeungchigi bermaksud “hit the nose” atau “nose-ridgehitting noodles” dalam bahasa Korea. Mi ini diibaratkan boleh menampar hidung anda apabila anda memakankannya disebabkan tekstur  mi yang tebal dan anjal. Sup untuk mi dibuat dengan doenjang (tempe kacang soya yang telah ditapai).

Ongsimi

Ongsimi adalah hidangan makanan yang berasal dari wilayah Gangwon. Ia juga salah satu makanan yang anda harus cuba semasa lawatan anda ke Jeongseon. Ongsimi dibuat daripada kentang rebus yang telah dikisar. Stok rebusan kentang akan dicampurkan dengan tepung kanji untuk membuat Ongsimi atau dumpling kecil. Kentang ongsimi terkenal dengan rasanya yang hebat dan menjadi makanan ruji di sana.

Boleh baca juga Bandar Jeongseon Yang Menarik Antara Venue Bagi Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018