Min Do Hee sah akan membintangi drama KBS Lingerie Girls’ Generation, mirip siri tvN Reply ; Lee Jong Hyun CN Blue masih pertimbang

Min Do Hee telah mengesahkan kehadirannya dalam drama terbaru terbitan KBS, Lingerie Girls’ Generation selepas School 2017, adaptasi daripada novel yang sama. KBS Lingerie Girls’ Generation bakal menggunakan formula drama bersiri tvN,  Reply 1988, Reply 1994 dan Reply 1997 dalam menterjemahkan skestsa hubungan sekawan yang berlaku pada tahun 1970-an.

Novel Lingerie Girls’ Generation ini mengisahkan tentang  pancaroba dialami sekawan remaja perempuan (Jung Hee 4) yang dipimpin oleh anak chaebol pemilik kilang permainan iaitu teraju utama drama ini. Dia seorang yang sangat ceria, bertimbang rasa dan mementingkan kawan tetapi seorang yang malas sehingga mendapat keputusan tercorot dalam peperiksaan sekolah. Dia suka membuang masa dengan berangan-angan di dalam kelas dan mendengar muzik pop. Karakter teraju utama drama ini agak mirip Sung Dok Sun, watak lakonan Hyeri dalam Reply 1988. Mengikut laporan asal, teraju utama bakal dilakonkan oleh Bona (‘WJSN’) tapi belum disahkan setakat ini.

Satu hari, kedatangan lelaki kacak (tawaran diberikan kepada Lee Joo Hyun CN Blue) ke kelas mereka telah menyebabkan Jung Hee 4 ini bergaduh dan menyindir antara satu sama lain. Dalam pada masa sama, kilang permainan juga berlaku misteri kehilangan pekerja wanita satu persatu sehingga mencetuskan siasatan oleh Jung Hee 4 ini, di samping kaitan lelaki berkenaan dengan misteri tersebut.

Min Do Hee dikatakan membawa watak sebagai musuh kepada Jung Hee 4, dan bercakap dialek Daegu. Min Do Hee pernah dipuji keberkesanan lakonannya dalam Reply 1994 dengan membawa watak sebagai gadis kenit yang begitu fanatik terhadap Seo Taiji.

KBS Lingerie Girls’ Generation diarahkan oleh PD Hong Seok-gu dan ditulis oleh Yoon Kyung ah yang mana pernah menghasilkan skrip untuk drama KBS Brain, KBS Master of Study dan terbaru KBS Ms. Perfect.

Sumber: daily.co

 

 

loading...