Kim Woo Bin menghidap kanser hidung tahap ke-2, perlukan rawatan radioterapi sebagai susulan

Pelakon berwajah garang dan tinggi lampai ini, Kim Woo Bin disahkan mengidap penyakit barah hidung atau dikenali sebagai nasopharynx.  Barah ini dikesan sewaktu dia datang ke klinik untuk melaporkan abnormaliti yang berlaku pada tubuhnya. Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mempunyai ketumbuhan di pangkal hidung, sekaligus meletakkan kanser dihidapinya di paras yang perlu diubati. Sejak daripada itu, Kim Woo Bin telah memperlahankan segala aktiviti lakonannya bagi mendapatkan rawatan radioterapi dan kemotrapi dengan segera.

Secara kebetulan, Kim Woo Bin pernah melakonkan watak penghidap penyakit kanser dalam drama KBS Uncontrobally Fond yang disiarkan tahun lepas. Lakonan sebagai Shin Jo Young seorang pesakit barah tahap keempat yang akhirnya meninggal dunia  seakan-akan mewajahkan penderitaan dialaminya sekarang. Apapun, semoga pelakon yang pernah tercalon Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards menerusi SBS Heirs ini cepat sembuh.

Sumber: sportchosun, news1

 

 

loading...