Siapakah agaknya gadis melayu muncul dalam drama korea Whisper ini?

Rentetan dengan pendedahan wujudnya puteri Hang Li Po di dalam Saimdang, Malaysia sekali lagi diwar-warkan di mana Pulau Kapas, Terengganu menjadi lokasi rahsia persembunyian ‘harta karun’ milik Choi Soo Yeon (Park Seo Yeon). Nama pengirim ‘harta karun’ tersebut ialah seorang gadis melayu.

Shin Young Joo (Park Bo Young) cuba mencari dokumen sulit tentang skandal penyelewengan baju kebal yang boleh digunakannya untuk membuktikan ayahnya tak bersalah. Hasil daripada pencarian tersebut, dia bertemu dengan syarikat kiriman pos di mana senarai nama dan alamat pengirim tertera. Menariknya, “Nur Diyana … Binti Khysh”, nama pengirim tersebut barangkali berada atau tinggal di Pulau Kapas, Terengganu. Dokumen ini dipinta kembali oleh Choi Soo Yeon untuk digunakan bagi mengugut bapanya supaya bapanya dapat menggugurkan dakwaan terhadap pemilik Taebak.

Namun begitu, produksi drama Korea agak terkhilaf dalam menyamakan Indonesia dan Malaysia apabila  salah seorang pelakon tersebut merujuk gugusan pulau yang banyak itu pada Indonesia walhal  alamat pulau Kapas dengan nama Malaysia sebagai negara  jelas tertera dalam senarai pos tersebut.

SBS Whisper yang ditulis oleh pemenang Best Screenplay CARI Kdrama Awards ini, Park Kyung Soo sedang hangat ditayangkan setiap Selasa dan Rabu di cenel 393 oneHD jam 8.15 malam .

loading...