5 Sebab Kenapa Mesti Tonton Solomon’s Perjury

  1. Drama yang “fresh” kerana menyelongkar misteri di sebalik kes kematian pelajar.

Solomon Perjury bermula dengan seorang pelajar, Lee Soo Woo yang didapati mati terlentang di atas tanah akibat terjun daripada bangunan sekolah. Pihak sekolah dengan kerjasama polis segera menutup kes tersebut serta-merta dengan “kematian disebabkan bunuh diri” sekaligus dapat menjaga reputasi daripada terus tercemar. Namun, dengan pengakuan salah seorang pelajar  bahawa dia melihat pelajar lain menolak Lee Soo Woo tersebut telah mencetuskan ketidaksenangan di kalangan pelajar lalu menyebabkan Go Seo Yeon membuat petisyen mengadakan  mock ‘trial’ di sekolah.

2. Pelajar sendiri yang menjadi pendakwaraya, peguam dan juga hakim seolah-olah anda menyaksikan perbicaraan di dalam sebuah mahkamah.

Selalunya mereka yang dewasa menjadi peguam mahupun hakim. Tapi kali ini, budak sekolah sendiri yang menyelesaikan misteri dengan cara mereka tersendiri. Cabaran demi cabaran mereka terpaksa tempuhi yakni tentangan daripada pihak sekolah mahupun ibu bapa, tetapi mereka berjaya mengadakan perbicaraan beberapa kali dengan jayanya. Ironinya, dari manakah mereka pelajari bahasa hujah orang selalu guna dalam mahkamah? Kepintaran mereka juga agak dipersoalkan terutamanya kebolehan peguam defendan memanipulasikan hujahnya, yakni daripada manakah mereka memperoleh kematangan dan pengalaman tersebut? Namun, ianya menjadikan situasi sangat menarik kerana dilakukan budak-budak muda.

3. Pelakon-pelakon muda ini sekilas Kim Soo Hyun dan Lee Min Ho.

Hampir kesemua pelakon muda ini nampak tampan dan jambu. Dengan wajah “puppy” dimiliki Jang Dong Yoon ,  ekspresi Han Ji Hoon (peguam defendan) yang sedikit beremosi tapi comel akan mengingatkan pada kombinasi pelakon Kim Soo Hyun dan Lee Je Hoon. Manakala, Back Cheol Min (Choi Woo Yuk) yang menjadi budak pailang dan gangster lalu dituduh pembunuh Lee Soo Woo pula mengingatkan pada Lee Min Ho jika diamati dekat-dekat.

4 . Dapat saksikan si hidung mancung Lee Soo Woo walaupun hanya sekejap saja.

Siapa sangka Seo Young Joo muncul sekejap saja terutamanya dalam adegan “flashback” , tapi meninggalkan kesan buat mereka menonton drama ini.  Seo Young Joo membawa watak Lee Soo Woo, budak yang mati akibat terjun bangunan. Setelah dibongkar kes kematian lebih dalam lagi, pelbagai misteri turut dicerahkan satu persatu.

5. “Twist” yang tak disangka-sangka.

Semestinya drama ini bukan takat mengadakan perbicaraan, tapi membongkar sesuatu di sebalik yang cuba disembunyikan pihak sekolah. Pengakuan saksi yang disengajakan, misteri hubungan antara Han Ji Hoon dan Lee Soo Woo serta “pembunuh sebenar” Lee Soo Woo antara twist yang menjadikan drama ini sangat unik dan menarik.

Solomon’s Perjury  adalah “remake” drama Jepun berjudul yang sama yang sekarang sedang hangat disiarkan pada hari Jumaat & Sabtu di cenel jtbc. Episod 11 & 12 minggu ini adalah terakhir dan akan membongkar lebih besar mengenai misteri di sebalik kes kematian Lee Soo Woo seterusnya menyimpulkan drama ini.

loading...