Golbin akan menjengah di cenel tvn pada Jumaat-Sabtu ini. Dibintangi oleh pelakon-pelakon berprofil tinggi seperti Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sung Jae, Goblin pastinya bakal menghangatkan malam hujung minggu anda.
Berlainan dengan genre fantasi yang biasanya ditulis oleh Kim Eun Sook, Golbin mengisahkan tentang kelahiran kelas “Rokko Fantasi” yang dipelopori oleh sekumpulan jin ‘Dokkaebi’ salah satu hierarki kumpulan tertentu yang hidup di muka bumi selain manusia. Seorang jin ‘Dokkaebi’ bernama Kim Shin, (Gong Yoo) perlu mencari gadis daripada kalangan kelas manusia untuk menamatkan hidupnya. Takdir menemukannya dengan Kim Eun Tak (Kim Go Eun) , dewi maut yang boleh melihat hidup dan mati manusia. Mereka hidup bersama dan memerhati setiap tanduk perjalanan seorang yang baru sahaja menemui ajal dan perlu meninggalkan dunia fana ini.
Wang Yeo (Lee Dong Wook) yang digelar sebagai ‘Singa penanti’ dan Yoo Duk Hwa (Yook Sung Jae) juga merupakan kelas “Rokko Fantasi” berperanan memastikan manusia dan jin dapat hidup bersama. Mereka bertiga dipanggil sebagai ‘Trio abu jin’ . Namun, takdir tersimpul menyebabkan berlakunya krisis antara mereka.
Ini juga merupakan kolaborasi kedua penulis Kim Eun Sok dan pengarah Lee Eun Bok selepas KBS – Descendants of The Sun di mana gandingan mereka berjaya meraih rating drama sebanyak 40%, paling tinggi pernah dikecapi untuk tahun ini.
Saksikan trailer Golbin di bawah ini.
Juga, sidang media ‘Golbin’.
Sumber: donga