Terharu dengan susu yang diberikan Xiumin EXO, mangsa buli bangkit daripada trauma dialaminya ketika kecil

Seorang netizen mendakwa dirinya sebagai mangsa buli menghargai jasa baik Xiumin EXO yang membantunya bangkit daripada pengalaman buli yang dialaminya dulu. Memperkenalkan dirinya sebagai rakan satu kejiranan sewaktu mereka masih kecil lagi, netizen itu mengaku susu yang diberikan oleh Xiumin membuatkannya rasa terharu sangat. “Aku pernah keluar bersama kawan-kawan sekelas dan menangis apabila mereka mula…

Read More

DJ radio Jerman dikecam gara-gara cuba menyamakan BTS dengan virus pandemik & perlu divaksinkan

DJ Radio Jerman berhadapan kecaman daripada peminat kpop di seluruh dunia gara-gara pendapat beliau mengenai fenomena BTS telah disalahertikan sebagai bersikap xenofobia dan penuh kebencian terhadap kumpulan kpop tersohor itu. Matusukik di dalam satu siaran langsung radio kendaliannya pada 25 Feb 2021, menganggap cara BTS menyanyikan lagu ‘Fix You’ dendangan asal Coldplay sebagai kufur selain…

Read More

Tak mahu lagi bertekak, Kihyun Monsta X berjumpa sendiri dengan mangsa buli & selesaikan kekusutan di antara mereka

Kihyun Monsta X cuba menyelesaikan salah faham berhubung dengan tuduhan buli yang dilemparkan ke atasnya dan berjumpa sendiri dengan mangsa buli berkenaan bagi menyelesaikan kekusutan di antara mereka. Dipetik daripada kenyataan Starship Ent., jurucakap agensinya berkata, “Kami memohon maaf di atas kekeliruan. Pertama kali, kami terpaksa bergelut dengan dua isu berkait tuduhan buli itu. Pada…

Read More

Terlanjur bercakap kasar sehingga buatkan mangsa buli trauma, Hyunjin Stray Kids akhirnya akur & memohon maaf secara peribadi dengannya

Hyunjin Stray Kids telah secara peribadi turun padang menemui mangsa-mangsa buli tersebut dan menyampaikan permohonan maafnya terhadap mereka, dedah JYP Ent. dalam satu kenyataan hari ini. “JYP telah pun menghubungi bekas rakan sekolah, cikgu, kenalan berkait dengan sekolahnya. Setelah diberikan kebenaran, kami berjumpa dengan penuduh pertama. Selepas mengumpulkan kesemua testimoni berkait dengan insiden berkenaan, kami…

Read More

Bekas rakan sekolah dakwa Mingyu SEVENTEEN suka bergurau seks & membuli budak OKU

Beberapa orang netizen yang mendakwa sebagai bekas rakan sekolah Mingyu SEVENTEEN tampil menceritakan macammana mereka dibuli olehnya. Netizen B yang menulis di laman komuniti forum popular Nate, mendakwa Mingyu telah bergurau seks secara kasar dengannya sambil menyertakan peta sekolah di mana kejadian itu berlaku.   “Budak laki itu… cuba bergurau seks dengan aku. Dia akan…

Read More

Kihyun Monsta X tak henti-henti diserang dengan dakwaan buli, kali ini ‘mangsa’ tunjuk badannya teruk bercalar-balar

Skandal buli yang melanda Kihyun tidak berakhir lagi apabila seorang netizen pula mendakwa dia mengalami kemurungan sehingga mencederakan dirinya sendiri apabila mengenangkan dirinya pernah dibuli oleh Kihyun pada suatu ketika dulu. Netizen tersebut menggesa permohonan maaf daripada Kihyun dengan kadar segera sambil menyertakan bukti dia telah menjalani rawatan terapi di hospital, gambarnya memakan pil depresi…

Read More

Kibum (Key) SHINEE buat netizen teriak selepas sengaja tercungap-cungap di atas pentas

Persembahan khas ‘Heart Attack’ nyanyian SHINEE di M Countdown pada 25 Feb 2021 tampaknya meninggalkan kesan menakjubkan buat peminat Kim Kibum (Key). Key tidak menghentikan aksi di atas pentas selepas selesai menyanyikan lagu. Sebaliknya, beliau sengaja ‘buat-buat’ tercungap-cungap apabila kamera ditujukan ke arahnya bertepatan dengan maksud lagu tersebut yang akan menyebabkan ‘serangan jantung’ buat peminatnya….

Read More

(G)i-dle, WekiMeki & IZONE dibawa sepentas menjayakan lagu ikonik Girls’ Generation, ‘Into the New World’

Eunbi, Yena, Chaeyeon daripada IZ*ONE, Doyeon, Yoojung, Sei daripada WEKI MEKI serta Miyeon, Yuqi, Minnie daripada (G)I-DLE diundang ke atas pentas M Countdown pada 25 Feb 2021 hari ini bagi menjayakan persembahan khas ‘cover’ nyanyian asal Girls’ Generation, ‘Into the New World’. Persembahan mereka telah berjaya menarik perhatian penggemar Kpop generasi terdahulu yang rata-ratanya merindui…

Read More

Di sebalik Netflix : See What’s Next Korea 2021 – Terbinanya ‘production house’ terbesar di Korea.

25 Feb 2021: NETFLIX KOREA kini melangkah luas dipersada dunia diatas kejayaan beberapa drama bersiri yang mulanya ditayangkan untuk tetapan Asia. Di dalam sidang media yang diadakan pada pagi hari ini, NETFLIX KOREA telah mempersembahkan senarai drama bersiri, filem, program realiti, sitcom di dalam kandungan khas dinamakan sebagai, NETFLIX : SEE WHAT’S NEXT KOREA 2021….

Read More