Tarikan baru ke Seoul: ‘House of BTS’ mini yang dikelilingi patung-patung comel, jadi rebutan pengunjung

Kedai ‘House of BTS’ telah pun dibuka secara rasmi di Gangnam, Seoul sebentar tadi. ‘House of BTS’ ni dilengkapi dengan berbagai-bagai prop hiasan mengenai muzik video, tema artistik dan patung-patung comel terpapar di ruang legar 200MDs. Kedai mini ini  mengingatkan penulis pada francis Disney, Spiderman, Hello Kitty, Doraemon, Marvel, Legoland yang popular di atas jenama dimiliki…

Read More

Peminat Malaysia berkumpul sempena raikan ulang tahun ke-10 HIGHLIGHT

Pada Sabtu lepas, bersamaan 12 Oktober, kelab peminat Highlight di Malaysia atau dikenali sebagai MYHiLight telah mengadakan majlis ‘gathering’ sempena ulang tahun ke 10 kumpulan Highlight. Highlight atau sebelumnya dikenali sebagai B2ST mula debut pada 16 Oktober 2009. Manakala kelab peminat B2ST pula dikenali sebagai B2UTY. Highlight 10th Anniversary Gathering telah diadakan di KTO (Korea…

Read More

[GEMPAR] Penyanyi dan pelakon Sulli ditemui mati di rumahnya

Amat mendukakan buat para peminat apabila dikhabarkan penyanyi serta pelakon Sulli telah meninggal dunia. Menurut Balai Polis Seongnam Sujeong, pengurus Sulli menemui mayatnya dirumah Sulli yang terletak di Seongnam di daerah Gyeonggi pada 14 Oktober lebih kurang jam 3.21 PM waktu tempatan. Pengurusnya telah datang ke rumah Sulli setelah gagal dihubungi menerusi telefonnya sejak 6.30…

Read More

Suspek utama Hwaseong, mengaku bersalah rogol & bunuh lebih 9 orang wanita pada tahun 1980-an

Lee Chun Jae, suspek utama pembunuhan bersiri Hwaseong akhirnya mengaku bersalah membunuh lebih 9 orang wanita pada tahun 1980-an dan lima lagi pembunuhan tak berkaitan dengan Hwaseong. Menurut laporan Yonhap News, Lee Chun Jae (58 tahun) yang kini berada dalam penjara kerana menjalani hukuman membunuh adik iparnya pada tahun 1994, membuat pengakuan bersalah setelah bukti…

Read More

Hanbyul, penyanyi Kpop pertama jadi juara pertandingan nyanyian terbesar di Malaysia

Hanbyul melakar sejarah sebagai penyanyi Kpop berbangsa Korea yang pertama memenangi pertandingan nyanyian terbesar di Malaysia apabila diangkat sebagai juara Big Stage ke-2 yang baru saja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Hanbyul menyampaikan dua lagu dalam persembahan terakhirnya hari ini iaitu “Lose Yourself” dendangan Eminem dan “Luka dan Bahagia”, lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Haqeem Rusli…

Read More

Alvin Chong akan berkongsi pentas bersama WINNER, Eric Nam, April dan ramai lagi di 2019 Asia Song Festival

Alvin Chong telah diundang untuk membuat persembahan di acara berprestij iaitu 2019 Asia Song Festival di Korea Selatan pada Oktober ini. in South Korea in OCTOBER. Alvin yang seorang multi-talented akan berkongsi pentas disamping  WINNER, Eric Nam, April dari Korea Selatan,  VCT dari Vietnam, Jannine Weigel dari Thailand, BRWN dari Filipina dan  Dami Im dari Australia. Wah,…

Read More

Peguam jamin ‘ranking’ sebenar finalis X1 akan didedahkan; peminat tetap beri sokongan padu pada ahli X1 sedia ada

Seorang peguam yang pernah memfailkan saman terhadap program realiti Produce X101 hari ini, mendakwa keputusan ‘ranking’ sebenar finalis yang debut sebagai X1 akan didedahkan tak lama saja lagi. Encik Kim Jong-hui daripada agensi guaman Mast, seperti dilaporkan oleh akhbar Sport Chosun dan TV Report hari ini, berkata, “Ya betul. Kita sudah sedia maklum bahawa polis…

Read More

[Gempar] 2-3 ahli X1 disyaki telah ‘sailang’ peluang peserta Produce x101 lain setelah undian mereka dimanipulasikan

2-3 ahli X1 sedia ada yang tak dinamakan disyaki telah menjadi mangsa percaturan undi oleh pihak Mnet dalam penentuan barisan akhir rancangan realiti tv Produce X101, sekaligus menyailang peluang peserta Produce x101 lain yang bertanding sekali secara adil. Menurut laporan daripada ‘CBS No Cut News’, jabatan siber polis Seoul telah menemui bukti yang menunjukkan daripada…

Read More

Jay Kim, artis Kpop pertama memeluk Islam di bumi Korea

Jay Kim, selebriti popular kelahiran Korea yang dikenali dengan pengisian tentang budaya Islam di Korea dan interaksinya bersama penganut Islam di Korea, telah mengambil keputusan hari ini untuk memeluk Islam. Beliau membuat keputusan tersebut dengan mengucapkan syahadah (ritual agama Islam yang lazimnya dilakukan oleh bakal mualaf) di depan imam masjid di Seoul dengan menukar nama…

Read More