Pelakon kelahiran tanah besar China, Yang Mi telah mengumumkan penceraiannya dengan pelakon Hong Kong, Hawick Lau setelah dikatakan tidak tahan lagi diduga dengan berita kecurangan suaminya itu. Pengumumannya itu dibuat menerusi laman sosial weibo nya pada 22 Disember lalu.
Berdasarkan laporan media Hong Kong, Yang Mi dikatakan akan sibuk dengan kerjayanya dan telah mengambil pendirian menjauhkan dirinya daripada suaminya. Beliau juga dilaporkan tidak menemui satu-satunya anak kandung perempuan mereka selama lebih 37 hari.
Ada juga yang mengatakan Yang Mi tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan Hong Kong apabila hubungan dengan mertuanya kian meruncing dari hari ke hari. Bagaimanapun, media tanah besar China pula melaporkan sebaliknya bahawa punca penceraian mereka semestinya disebabkan skandal kecurangan Hawick Lau sejak 2016 lagi. Mereka pernah hampir-hampir hendak bercerai tapi dinafikan Yang Mi pada masa itu.
Yang Mi dan Hawick Lau melangsungkan perkahwinan mereka di Bali pada tahun 2014. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Xiao Mei enam bulan selepas berkahwin. Yang Mi dikenali oleh penonton Nusantara dengan drama-drama seperti Return of Condor Heroes (2006) , Beijing Love Story (2012) , Swords of Legend (2014) dan Empress Fuyao (2018). Beliau juga tersenarai no.3 di dalam Forbes China Celebrity menunjukkan betapa hebatnya populariti beliau di tanah besar China tersebut.
Sumber: South China Morning Post , Naver