Nampaknya drama-drama yang ditayangkan di kabel JTBC semakin mendapat perhatian. Terbaru adalah drama ‘SKY Castle’ yang bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu. Drama ini bagaimanapun terus memikat penonton dengan ‘twist’ yang mengejutkan!
Episod kelapan yang disiarkan pada 15 Disember telah mencapai rating penonton secara purata sebanyak 9.5 peratus di seluruh negara mengikut data diperolehi dari Nielsen Korea. Dengan kadar tontonan purata hanya 1.5 peratus untuk episode pertama, penonton drama ini terus meningkat dan melakar populariti tersendiri sejak beberapa minggu yang lalu.
‘SKY Castle’ mengisahkan sekelompok komuniti yang tinggal di sebuah pangsapuri mewah di pinggir bandar Seoul. Setiap ibu yang tinggal di sana kesemuanya bercita-cita tinggi untuk memastikan anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij. Apa yang mendapat perhatian penonton adalah bagaimana pelakon muda remaja ini menggambarkan watak mereka. Mereka perlu mempersembahkan kehidupan yang rumit anak-anak yang sedang membesar di dalam persekitaran yang penuh tekanan daripada keluarga mereka.
Dalam episod terkini, penonton dikejutkan dengan rahsia di sebalik kelahiran Kim Hae Na (Kim Bo Ra) dan kenapa Yu Seong Ju (Park Soo Chang) beri amaran kepada Kim Seo Hyung (Kim Joo Young) dengan menggunakan senapang. Bagaimanapun, episode tersebut berakhir dengan meninggalkan tanda tanya sehingga membuatkan penonton menanti penuh debaran untuk menonton episode berikutnya.
“SKY Castle” disiarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 11 malam (KST) di JTBC. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Netflix dan VIU.
Sumber : Naver