Saingan sengit TOP 5 Best Actor, Actress 7th CARI Kdrama Awards, siapakah bakal tercalon?

Penantian yang mendebarkan akan diketahui pada malam 29/12/2018 ini. Bagi peminat k drama dan pengikut anugerah tahunan, semestinya calon-calon yang bakal menghiasi top 5 bagi kategori-kategori tertentu sedikit sebanyak agak mendebarkan kerana pemilihan calon-calon ini adalah hasil review-review yang dihantar oleh sekumpulan rakyat Malaysia bermula pada awal tahun 2018. Lebih kurang hampir 70 review telah dihantar setakat ini dan penganjur masih lagi menerima penghantaran review sehingga 25/12/2018 ini. Untuk makluman, tvN Memories of Alhambra, tvN Encounter, jtbc Sky Castle dan SBS The Last Empress  yang sedang rancak ditayangkan sekarang tidak dapat dinilai untuk tahun ini kerana tayangannya berakhir selepas tarikh tutup.

Jangkaan penulis: Mr.Sunshine bakal dicalonkan dalam “Drama of Year”. Lee Byung Hun dan Kim Tae Ri masing-masing diramalkan oleh penulis dalam kategori Best Actor dan Best Actress.

Hasil daripada pemerhatian penulis setakat ini, berikut beberapa drama bakal menduduki top 10 “Drama of The Year”. Kategori “Drama of The Year” tahun ini mungkin antara tersengit sepanjang CARI Kdrama Awards ini dianjurkan dan hampir setaraf dengan apa penulis ramalkan untuk edisi 5th CARI Kdrama Awards, dua tahun lalu. Tahun lepas, 6th CARI Kdrama Awards menobatkan drama bergenre slice-of-life, tvN Because This is My First Life sebagai Drama of The Year walaupun disaing ketat oleh tvN Forest of Secret/Stranger,  tvN Goblin dan tvN Chicago Typewriter. Satu yang mungkin di luar jangkaan! Mungkinkah edisi anugerah kali ini juga bakal memberikan keputusan lebih kurang sama? Apapun, dengan peningkatan drama korea saban tahun telah memberi kelainan yang berbeza dari segi genre mahupun kehendak peminat Kdrama di seluruh Malaysia. Masakan, setiap masa saja ada yang akan kemaskini di laman sosial menghebahkan keminatan mereka terhadap drama tersebut.

Baca seterusnya: Wakil industri hiburan Korea memilih mereka sebagai yang terbaik 2018 ; Sekilas Pemenang 2nd Seoul Awards ; Peminat memilih Lee Byung Hun sebagai bintang KDrama paling bersinar 2018

tvN Mr.Sunshine yang berjaya meraih rating lebih daripada 18% antara yang disebut-sebut tercalon secara automatik dalam kedua-dua kategori: Drama of The Year dan Favorite Drama. tvN Mr. Sunshine, garapan Kim Eun Sook sekali lagi untuk tiga kali berturut-turut selepas KBS Descendants of The Sun dan tvN Goblin, bukan sahaja popular di South Korea tetapi juga di seluruh rantau Asia termasuk Malaysia sehingga menaikkan semula nama Lee Byung Hun di dalam industri drama korea setelah selama ini menyibukkan diri di layar perak. Namun, apakah review-review ditulis oleh rakyat Malaysia umumnya dapat memberikan jaminan bahawa drama ini dapat tercalon pada anugerah tahun ini? “Mr.Sunshine” yang berlatarbelakang pra-kemerdekaan Korea menceritakan semangat juang aktivis dan pahlawan yang ingin membebaskan Korea daripada naungan Jepun. Selain itu, “tvN Mister” arahan Kim Won Suk, pemenang dua kali Best Director CARI Kdrama Awards, juga tidak kurang hebat bakal memberi saingan sengit. Drama berkonsepkan “melodramatik”  dengan latar belakang sekeluarga yang hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ini dikritik antara drama terbaik tahun 2018 apabila meraih kemenangan ‘Best Drama’ di 2nd Seoul Awards. Jangan dilupa pula, drama “tvN Prison Playbook” garapan pengarah Shin Won Ho, berkisarkan tentang rona-rona kehidupan di dalam penjara yang menghiasi layar emas pada akhir tahun 2017.

TvN My Mister menunjukkan bagaimana kehidupan susah juga boleh jadi suatu kegembiraan buat mereka dan dijangka merebut beberapa pencalonan utama 7th CARI Kdrama Awards.

 Di samping ketiga-tiga drama dinyatakan, beberapa drama lain yang mungkin turut bersaing merebut tempat dalam top 10 adalah Kesemua drama berikut sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. “Mother” merupakan drama adaptasi Jepun daripada judul yang sama, berkisarkan tentang seorang cikgu yang bertindak sebagai ibu yang cuba sedaya-upaya menyelamatkan pelajarnya daripada terus didera oleh keluarganya. Dibantu oleh penulisan yang suka dengan ‘twist’ dan berteraskan feminism, drama ini ditunggu-tunggu untuk merebut beberapa kategori penting top 5 setelah diangkat drama terbaik di 54th Baeksang Awards. “Live” antara yang mendapat review yang agak baik dalam kalangan pengkritik drama Malaysia pula berkemungkinan besar tercalon. Drama bergenre slice-of-life ini memaparkan kehidupan penuh pancaroba bagi seseorang bergelar polis. Berbeza dengan drama jenayah yg lain, drama garapan Noh Hye Kyung (pemenang Honoury Award 6th CARI Kdrama) lebih kepada perkembangan karakter berbanding plot yang ditawarkan. Antara drama lain yang bakal menggoncang kedudukan top 10 ini termasuklah jtbc Misty, jtbc Something In The Rain, tvN What’s Wrong With Secretary Kim, SBS Return, SBS Still 17, MBC Terius Behind Me, SBS Hymn of Death, OCN The Guest, OCN Life on Mars,tvN Familiar Wife, tvN 100 Days My Husband, jtbc My ID is Gangnam Beauty, jtbc Beauty Inside, dan jtbc Life.

Baca seterusnya : [Ulasan Kdrama] tvN My Mister ; [Ulasan Kdrama] tvN Live

Lakonan Cho Seung Woo (“Life”) tak pernah mengecewakan setelah meninggalkan impresi mengagumkan sebagai pengarah hospital yang mungkin mementingkan keuntungan melebihi segala-galanya.

Penulis tinggalkan kategori “Best Screenplay” dan “Best Director” untuk penilaian anda dan fokus pula kepada calon-calon acting. Umum diketahui bahawa Lee Byung Hun (“Mr. Sunshine”) sudah semestinya bakal menduduki calon top 5 “Best Actor” kerana beliau baru sahaja memenangi Best Actor di 1st Seoul Awards, daesang di 6th APAN Star Awards dan 2nd Asia Artist Awards, serta diletakkan no.1 pelakon lelaki terbaik oleh pengamal industri hiburan korea baru-baru ini. Sukar sekali untuk membayangkan rakyat Malaysia menidakkan pelakon lagenda ini bukan? Tetapi, mampukah Lee Byung Hun menyailang nama-nama hebat lain seperti Lee Sung Kyun, Ji Sung, Cho Seung Woo, Park Hae Soo, Jang Dong Gun, Kim Myung Min, Park Seo Joon, So Ji Sub, Jung Kyung Ho, Seo In Guk, Do Kyung Soo, Jung Hae In dan Kam Woo Sung? Mungkinkah peluang kali ini beralih pada Cho Seung Woo daripada “Life” menerusi watak pengarah hospital yang mementingkan keuntungan semata-mata? Tak pun Lee Sung Kyun menerusi watak abang yang begitu prihatin terhadap adik-beradiknya walaupun diuji dengan kesusahan? Ataupun Do Kyung Soo menerusi lakonan putera raja yang memikat hati ribuan peminat? Mungkinkah So Ji Sub dengan watak perisik yang sengal di dalam MBC Terius Behind Me? Tetapi, jangan diduga kemampuan  Kam Woo Sung yang lebih kuat dengan karakter lelaki pertengahan 40-an yang cuba mencari cinta setelah dikecewakan dilakonkannya dalam “Shall We Kiss First?”. Bagi penulis, kategori “Best Actor” antara paling kompetitif sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan kerana peluang aktor masing-masing adalah sama rata.

Baca seterusnya : Drama tvN What’s Wrong With The Secretary Kim paling “trending” di Korea untuk tahun 2018 ; Do Kyung Soo EXO rampas takhta “Kmania Top Star” milik Taehyung BTS untuk bulan Oct 2018

Kim Tae Ri, pelakon yang baru berjinak-jinak dalam lakonan, telah memukau penonton dengan lakonan Ae Shin, seorang pejuang kemerdekaan yang ‘cool’ dan tak gentar diperkotak-katikkan musuh di dalam tvN My Mr. Sunshine.

Kita meneroka kategori “Best Actress” pula. Kategori “Best Actress” tahun ini mungkin agak sukar dibayangkan seperti dua tahun lepas.  Bermula dengan Kim Nam Joo melalui “Misty”, Kim Nam Joo berjaya menampilkan lakonan seorang wanita yang hebat dan tak mampu digugat dengan mudah walaupun dituduh sebagai pembunuh. Lakonannya sekaligus menyapu bersih anugerah Best Actress di 54th Baeksang Awards dan  2nd Seoul Awards. Nama-nama lain yang disebut adalah Kim Tae Ri (“Mr Sunshine”), Seo Hyun Jin (“Beauty Inside”), Shin Hye Sun (“Still 17”) , Shin Hye Sun (“Hymn of Death”) , Won Jin Ah (“Just Between Lovers”) , Esom (“The Third Charm”) , Lee Bo Young (“Mother”) , Son Ye Jin (“Something In The Rain”), Lee Ji Un (“My Mister”) dan Kim Sun Ah (“Shall We Kiss First?”). Untuk rekod, Lee Bo Young dan Son Ye Jin tersenarai dalam pencalonan Best Actress dalam beberapa siri anugerah tahun ini manakala Lee Ji Un telah pun memenangi Best Actress di 6th Apan Drama Awards. Shin Hye Sun sememangnya menjadi feveret penulis pada tahun ini atas persembahan watak Yum Shim Deok, penyanyi soprano yang meninggalkan legasi lagu kematian ‘Hymn of Death’ setelah membunuh diri bersama-sama lelaki yang dicintainya.

Baca seterusnya : 3 sebab kenapa perlu tonton drama “Hymn of Death” ; “Mak sayang kamu Hye Na ” – Lee Bo Young

Kim Jae Wook tampil dengan penuh berkarisma di dalam OCN The Guest sebagai paderi yang mahir dalam mengenyahkan rasukan iblis. Mungkinkah kali ini peluang lebih terbuka buat Kim Jae Wook untuk tercalon Best Supporting Actor?

Bagi kategori supporting pula, “Best Supporting Actor” bakal dipelopori oleh Jung Woong In menerusi drama tvN Prison Playbook di atas pencalonan yang agak banyak diterima. Kemungkinan besar calon supporting kali ini akan didominasi oleh pelakon-pelakon dari drama “tvN My Mister”, “tvN Mr. Sunshine” dan “tvN Prison Playbook”. Nama-nama seperti Lee Kyu Hyung (“Prison Playbook”) , Park Ho San (“My Mister”) , So Jae Byuk (“My Mister”), Yoo Yeon Suk (“Mr. Sunshine”), dan Byun Yo Han (“Mr. Sunshine”) mungkin akan memenuhi slot. Jang Ki Yong (“Prison Playbook”) merupakan pendatang baru jika tersenarai kali ini. Kim Jae Wook (“The Guest”), Yoo Jae Myung (“Life”) , Bae Jung Nam (“Live”) , Sung Dong Il (“Miss Hammurabbi”) , Jo Sung Ha (“100 Days My Prince”) , Bong Tae Gu (“Return”) dan Heo Joon Ho (“Come and Hug Me”)  juga disebut-sebut . Heo Joon Ho (“Come and Hug Me”) yang menyerlah dengan lakonan pembunuh psikopath bersiri yang tak sudah-sudah mendatangkan kesusahan kepada anaknya, semestinya pencalonan agak ditunggu-tunggu. Untuk rekod, Yoo Jae Myung dan Yoo Yeon Sook saja menunjukkan kecemerlangan apabila masing-masing memenangi anugerah Best Supporting Actor menerusi 6th APAN Drama Awards dan 2nd Seoul Awards.

Jang So Yeon antara calon Supporting Actress yang agak menonjol pada tahun ini di atas keberkesanan dan kematangannya melakonkan watak sahabat baik yang dalam dilema antara menjaga hati kawan atau melindungi adik lelakinya di dalam jtbc Something In The Rain.

 Calon “Best Supporting Actress” akan menyaksikan persaingan sengit pelakon muda baik daripada kanak-kanak sehinggalah ke pelakon veteran. Bagi penulis, kategori Supporting Actress ini juga paling kompetitif seperti juga tahun-tahun lepas, dan mungkin didominasi oleh pelakon-pelakon daripada drama “Mother”. Siapa dapat lupakan lakonan kanak-kanak yang didera mental dan emosi Heo Yool di dalam “Mother” , ketua jabatan wanita penuh mempesonakan daripada oleh Moon So Ri dalam “Life” serta lakonan cekal pemilik rumah tumpangan Kim Min Jung di dalam “Mr.Sunshine” yang mampu untuk menempatkan mereka dalam top 5. Tak dilupa juga, Go Ah Sung (“Life On Mars”) , Go Sung Hee (“Mother”) , Jang So Yeon (“Something In The Rain”) , Lee Hye Young (“Mother”) , Ye Ji Won (“Still 17”)  , dan Lee Yoon Ji (“The Third Charm”) yang mampu menidakkan mereka untuk tersenarai. Untuk rekod, hanya Kim Min Jung, Jang So Yeon dan Moon So Ri saja pernah memenangi Best Supporting Actress di dalam beberapa siri anugerah sebelum ini.

Selesai penulis mengemukakan calon ramalan, anda pula bagaimana? Apakah calon-calon anda ramalkan bakal duduki top 5? Apapun, penilaian calon top 5 di atas ditentukan oleh anda sebagai peminat Malaysia menerusi review-review yang ditulis. Jangan lupa untuk menghantar review sebelum 25/12/2018. Untuk pengguna forum CARI, cara untuk menghantar review adalah dengan menjawab surveysheet dilampirkan dalam kotak berwarna biru dalam setiap muka depan thread drama di forum CARI . Bagi yang bukan pengguna forum CARI, anda boleh klik terus link di bawah untuk melihat senarai drama untuk anda menghantar ulasan. Anda yang tentukan calon berhak menduduki top 5 tersebut! Pencalonan kategori popular juga masih dibuka sehingga 25/12/2018 menyaksikan nama-nama seperti Park Seo Joon, Do Kyung Soo, Seo Kang Joon, Jung Hae In dan lain-lain bakal mengisi top 5 Popular Actor untuk kali ini.

(Disclaimer:Ada beberapa drama tidak ditonton oleh penulis lagi tetapi diramalkan berdasarkan kupasan-kupasan positif oleh peminat k drama dan anugerah-anugerah penting k drama dimenangi sebelum ni. Ramalan penulis tak mempengaruhi senarai top 5 CARI K Drama Awards akan datang ini kerana keputusannya diuruskan auditor-auditor Majlis Pengkritik Kdrama Malaysia yang mengira markah berdasarkan review-review yang anda hantar.)

Kemasukan Review bagi pencalonan kategori Terbaik: KLIK SINI atau pergi ke laman CARI Forum.
Untuk Pencalonan Kategori Popular: https://goo.gl/forms/DtSsd6luczB7Smc63 atau ke CARI Forum seperti biasa.

TENTATIF ANUGERAH: https://kmania.info/2018/10/25/undian-awal-7th-cari-kdrama-awards-telah-dibuka/

loading...