Watch this Woman menggandingkan Ji Chang Wook dan Han Ji Min

Ji Chang Wook telah dilaporkan bersetuju untuk membintangi drama SBS terbaru berjudul “Watch This Woman”, atau nama lainnya dikenali sebagai “Be Careful of This Woman”. Ji Chang Wook akan membawakan watak sebagai pendakwaraya yang terpaksa diberhentikan kerja gara-gara terlibat dalam kes mengenai seorang wanita sosialit, Eun Bon Hee yang akan dibintangi oleh aktress Han Ji Min. Beberapa peristiwa tak terjangka berlaku sehingga menyebabkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain, dan sama-sama membanteras dunia koporat yang penuh dengan korupsi dan prejudis.

Drama ini ditulis oleh Kwon Ki Young, penulis drama KBS “I Remember You”, yang tercalon dalam Best Screenplay 4th Cari Kdrama Awards.  Manakala,drama ini juga merupakan pembabitan pertama Ji Chang Wook  sejak tvN K2 dan akan menampilkan transformasi berbeza daripada lakonan aksi ber’stunt’ sebelum ini. Ji Chang Wook dan Han Ji Min masing-masing pernah mendapat pencalonan kategori lakonan dalam CARI K Drama Awards.

“Watch This Woman” akan ditayangkan selepas “Saimdang, the Light Dairy” menjelang May ini.

 

loading...