Lee Dong Wook & Yoo In Na manis bergandingan sama untuk tatapan peminat

Manis sungguh kedua-dua aktor dan aktress dari drama kegilaan ramai ‘Goblin’ iaitu Lee Dong Wok dan Yoo In Na.

Selepas drama ‘Goblin’ mendapat sambutan ramai dari seluruh dunia, kedua-duanya membuat pengesahan untuk drama romantik komedi terbaru tvN iaitu ‘Touch Your Heart’ atau dikenali sebagai ‘It Feels Sincere”. Sudah pasti peminat k-drama tak sabar untuk melihat gandingan kedua-duanya. Lee Dong Wook dan Yoo In Na besar kemungkinan akan menjadi hero dan heroin untuk drama di bawah arahan direktor Park Joon Hwa yang rata-rata sudah mengetahui gaya arahannya yang tidak pernah mengecewakan terutamanya melalui tvN What’s Wrong With Secretary Kim.

Populariti aktor Lee Dong Wook terus melonjak naik dan mendapat tempat di hati peminat sekali gus memenangi Best Supporting Actor 6th 2017 CariKdrama Awards menerusi drama tvN Goblin selaku watak sebagai malaikut maut, juga digandingkan bersama Yoo In Na sebagai pasangannya. tvN Touch You Heart menjadikan projek ke-2 mereka selepas dua tahun.

Drama ini mengisahkan seorang peguam (Kwon Jung Rok) yang sangat berdedikasi dan sentiasa komited dengan kerjanya. Oh Jin Shim seorang artis yang sangat popular tetapi disebabkan satu skandal menyebabkan namanya tercemar. Pertemuan mereka pasti ada adegan yang menyebabkan penonton tersenyum dan berdebar-debar.

Nantikannya pada Januari 2019. Selamat menonton!

 

loading...