Selepas 7 tahun serasi bersama, Jung Hyung Don dan Defconn tinggalkan Weekly Idol

Selepas tujuh tahun, pengacara kesayangan ramai ini meninggalkan rancangan variety popular Weekly Idol. Pastinya rancangan Weekly Idol ini menjadi kegemaran peminat-peminat Kpop dan anda juga dapat lihat betapa serasinya rancangan tersebut dengan Jung Hyung Don serta Defconn.

Pada 22 Februari ini, MBC Every1 telah mengumumkan bahawa dua pengacara ini yang lebih dikenali sebagai  Doni dan Coni  akan meninggalkan rancangan Weekly Idol. Mereka juga turut menyatakan, “Jung Hyung Don dan Defconn akan meninggalkan ‘Weekly Idol’ selepas penggambaran mereka pada 7 Mac depan.”

Menurut pengarah rancangan ini, Kim Jin memberitahu, “Satu artikel telah diterbitkan. Saya sangat kecewa kerana kami tidak akan bersama lagi dengan ‘Weekly Idol,’ yang telah kami jayakan bersama selama tujuh tahun. Seluruh tenaga produksi Weekly Idol termasuk MC, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Kpop yang selama ini telah menyokong dan bersama-sama kami.”

Duo MC ini telah menyertai rancangan ini sejak siaran perdananya pada bulan Julai 2011. Bagaimanapun pada Disember 2015, Jung Hyung Don telah berehat seketika kerana anxiety disorder. Heechul Super Junior dan Hani EXID telah dijemput untuk mengisi kekosongan Jung Hyung Don untuk tempoh bermula dari Mac 2016, tetapi masih belum diketahui samada kedua mereka akan diserap sebagai pengacara tetap atau sebaliknya.

Weekly Idol merupakan sebuah program yang mengundang Idol untuk mengambil bahagian dalam pelbagai permainan yang disediakan disamping mempromosikan muzik mereka. Weekly Idol adalah program popular sepanjang tahun dan telah mengundang beberapa bintang Kpop terkenal seperti BIGBANG, EXO, BTS,  serta IU ke program itu.

sumber : Naver | Naver

loading...