EXO dan CL diberi pengiktirafan buat persembahan sempena Majlis Penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Seminggu yang lepas, kebanyakkan media telah menlaporkan bahawa EXO dan CL akan tampil buat persembahan untuk upacara penutupan temasya sukan 2018 PyeongChang Winter Olympic.  Wakil SM Entertainment menyatakan, “Disebabkan upacara penutupan Sukan Olimpik adalah satu acara tumpuan ramai, ia membuatkan kami menjadi perhatian seluruh dunia. Jadi, kami bersedia untuk memberikan persembahan yang akan meninggalkan kenangan buat semua.” YG Entertainment pula berkata, “Kami akan berusaha untuk menyediakan persembahan yang terbaik untuk upacara penutupan itu nanti.”

Pada 21 Februari yang lepas, satu sidang media berkaitan Temasya penutupan sukan olimpik PyeongChang 2018 telah diadakan. EXO dan CL yang bakal membuat persembahan turut berkongsi perasaan mereka.

Kami  banyak membuat persembahan untuk acara penutupan, tetapi kami merasakan kami perlu bekerja lebih untuk menyediakan persembahan majlis kali ini kerana ianya tidak sama seperti acara-acara yang pernah kami lakukan sebelummnya. Apapun, semuanya adalah satu penghormatan yang besar buat kami dan kami  sangat teruja untuk mempamerkan persembahan yang hebat. – Baekhyun

Tiada seorang pun di antara kami yang wujud ketika Sukan Olimpik 1988 diadakan. Kini, ianya seolah-olah mimpi apabila kami diberikan peluang untuk membuat persembahan pada majlis penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Semasa menonton upacara pembukaan dan penutup di negara lain, saya berfikir iaya adalah mustahil untuk berdiri di atas pentas bagi temasya berprestij ini, Setelah EXO diberikan peluang hebat seumpama ini, kami sangat teruja dan kami dapat rasa air mata kami akan mengalir kegembiraan setelah kami berjaya membuat persembahan nanti. – Suho

CL telah mengetahui perkara ini sejak 3 bulan lalu, tetapi atas permintaan pihak tertentu, CL terpaksa merahsiakannya. Ramai kenalan telah memberi ucap tahniah kepadanya dan ini membuatkan beliau begitu teruja untuk memberikan satu persembahan yang istimewa.

Saya sangat berbesar hati diberikan peluang untuk membuat persembahan di atas sebuah pentas yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Ianya lebih bermakna apabila Korea adalah tuan rumah bagi acara sukan yang berprestij ini. Saya berharap agar anda semua akan menikmati persembahan saya nanti. Saya tidak tahu bagaimana untuk saya gambarkan persembahan saya, tetapi saya akan pastikan ianya adalah sebuah persembahan yang terbaik. – CL

KBS siarkan footage CL & EXO rehearsal sempena majlis penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Ketika segmen berita KBS pada 22 Februari, krew telah menayangkan satu klip menunjukkan secara sepintas lalu berkenaan dengan persiapan penutupan sukan olimpik 2018.

CL dilihat melakukan latihan “I Am the Best” dari 2NE1 untuk persembahannya.

Manakala EXO mungkin mempersembahkan lagu hit mereka Growl untuk upacara tersebut. Jom tonton klip 3 saat ini.

Majlis Penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 akan diadakan pada 25 Februari ini pada jam 8 p.m. KST. Rakyat Malaysia boleh mengikutinya melalui Astro Ch 823 ataupun di saluran RTM, TV2.

 Sumber : NaverStarNews | Xportsnews

loading...