Annyeong, chinguyaa~
Jun dah tiba, dan ini bermakna barisan K-drama baru pun mula mengambil alih watchlist! Dari kisah romantik yang sweet, komedi yang menghiburkan hinggalah thriller penuh misteri dan suspen, bulan ini memang padat dengan pelbagai genre menarik.
Lebih best, setiap drama hadir dengan jalan cerita yang unik serta barisan pelakon popular yang buat ramai tak sabar nak mula menonton. Ada yang menjanjikan healing dan gelak tawa, ada juga yang bakal buat penonton berdebar tunggu episod seterusnya.
Ini 5 drama Korea terbaru yang bakal mewarnai Jun 2026!
1. Doctor On The Edge

- Tarikh Tayangan: 1 Jun 2026
- Penyiar: ENA, Genie TV, Disney+
- Genre: Medical, Drama, Romance
- Barisan Pelakon: Lee Jae-Wook, Shin Ye-Eun
2. Teach You a Lesson

- Tarikh Tayangan: 5 Jun 2026
- Penyiar: Netfkix
- Genre: Action, School, Vigilante
- Barisan Pelakon: Kim Moo Yul, Lee Sung Min, Jin Ki Joo, Pyo Ji Hoon (P.O)
“Teach You a Lesson” membawa penonton menyelami sisi gelap dunia pendidikan moden menerusi isu keganasan sekolah, penyalahgunaan kuasa dan semakin hilangnya autoriti dalam bilik darjah. Drama yang diinspirasikan daripada webtoon sensasi “Get Schooled” ini turut pernah mencetuskan kontroversi kerana tema beraninya.
Kisahnya memfokuskan Na Hwa Jin (Kim Moo Yul), anggota sebuah unit khas dikenali sebagai Biro Perlindungan Hak Pendidikan yang diberi kuasa luar biasa untuk menangani sekolah bermasalah. Dihantar ke sekolah yang dipenuhi kes buli, rasuah dan keganasan pelajar yang semakin tidak terkawal, Hwa Jin menggunakan pendekatan keras serta agresif demi memastikan keadilan ditegakkan.
Bukan sekadar drama sekolah biasa, siri ini turut mengupas konflik rumit antara pelajar, guru, ibu bapa dan sistem pendidikan yang semakin rapuh. Dengan aksi intens, suasana tegang dan dilema moral yang berat, “Teach You a Lesson” dijangka menjadi antara thriller paling hangat diperkatakan tahun ini.
3. See You at Work Tomorrow

- Tarikh Tayangan: 22 Jun 2026
- Penyiar: tvN, Prime Video
- Genre: Office, Romance, Comedy
- Barisan Pelakon: Seo In Guk, Park Ji Hyun
Rom-com pejabat ini membawa kisah yang dekat dengan realiti kehidupan pekerja moden, dengan tema keletihan kerja dan tekanan dunia korporat sebagai fokus utama. Berdasarkan webtoon popular, drama ini mengikuti Cha Ji Yoon (Park Ji Hyun), seorang pekerja yang telah bertahan selama tujuh tahun di Saeum Electronics sehingga rutin harian yang sama mula menghakis semangat, impian dan kehidupan peribadinya.
Segalanya menjadi lebih rumit apabila dia dipindahkan ke bawah seliaan Kang Si Woo (Seo In Guk), pengurus jabatan yang terkenal dingin dan sukar didekati. Sikapnya yang terlalu terus terang sering membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa, namun di sebalik personaliti keras itu tersembunyi seorang lelaki yang turut terperangkap dalam tekanan budaya kerja dan kesunyian emosinya sendiri.
Lebih daripada sekadar kisah cinta pejabat biasa, drama ini turut mengangkat isu burnout, kesunyian orang dewasa dan bagaimana dua individu yang terluka perlahan-lahan menemukan ketenangan dalam diri satu sama lain.
4. Agent Kim Reactivated

- Tarikh Tayangan: 26 Jun 2026
- Penyiar: SBS
- Genre: Action, Thriller, Drama
- Barisan Pelakon: So Ji Sub, Choi Dae Hoon, Yoon Kyung Ho, Jo Sang Wook
Berdasarkan webtoon aksi popular, “Agent Kim Reactivated” membawa kisah seorang lelaki biasa yang sebenarnya menyimpan masa lalu penuh bahaya. Ketua Kim (So Ji Sub) kini hidup sebagai pengurus syarikat yang sederhana serta bapa tunggal yang sangat menyayangi anaknya. Namun sebelum meninggalkan dunia lamanya, dia pernah dikenali sebagai ejen operasi khas elit yang digeruni kerana kemahiran tempurnya.
Kehidupannya berubah sekelip mata apabila anak perempuannya tiba-tiba hilang tanpa jejak. Demi menyelamatkan anaknya, dia terpaksa kembali ke dunia ganas yang pernah ditinggalkan. Apa yang pada awalnya kelihatan seperti misi menyelamat biasa akhirnya membawa kepada konflik berdarah melibatkan organisasi jenayah berbahaya serta rahsia silam yang kembali menghantuinya.
Dengan gabungan aksi mendebarkan dan emosi hubungan ayah-anak yang kuat, drama ini bukan sahaja menjanjikan adegan pertarungan intens, malah turut memaparkan pengorbanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya.
5. Notes from the Last Row

- Tarikh Tayangan: 26 Jun 2026
- Penyiar: Netflix
- Genre: Drama, Suspense, Psychological
- Barisan Pelakon: Choi Min Sik, Choi Hyun Wook, Heo Jun Ho

Jadi, untuk peminat K-drama, jangan lepaskan peluang untuk layan semua drama terbaru ni!
Sebarang tarikh tayangan mungkin berubah mengikut pihak penyiar, dan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa kalau ada update terbaru. Happy watching, gais!


