Park Ji Hoon Kembali ke Kuala Lumpur Dengan “RE:FLECT” Jun Ini, Tiket Mula Dijual 14 Mei

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon kanak-kanak sebelum perlahan-lahan membina pengalaman menerusi pelbagai karya di kaca TV dan pentas.

Namanya mula melonjak pada tahun 2017 selepas menyertai program survival popular “Produce 101 Season 2”, di mana dia berjaya mencuri perhatian ramai menerusi pesona ikonik “Wink Boy”. Selepas menamatkan pertandingan di tempat kedua, Park Ji Hoon debut sebagai ahli kumpulan Wanna One dan memulakan perjalanan karier yang luar biasa.

Dari “Wink Boy” Ke Pelakon 10 Juta Penonton

Sejak itu, Park Ji Hoon terus membuktikan versatilitinya sebagai artis dalam dunia muzik dan lakonan.

Pada tahun 2026, dia mencipta satu lagi pencapaian besar menerusi lakonan cemerlang dalam filem “The King’s Warden”, sekali gus melayakkannya menyertai kelompok elit “pelakon 10 juta penonton” di Korea.

Filem tersebut berjaya melepasi 16 juta penonton dalam tempoh kira-kira 61 hari tayangan, menjadikannya antara filem Korea paling berjaya tahun ini.

Prestasi hebat itu turut menghadiahkan Park Ji Hoon dua anugerah besar di Baeksang Arts Awards ke-62 iaitu Pelakon Baharu Terbaik (Filem) dan Anugerah Populariti Lelaki.

“RE:FLECT” Tampilkan Sisi Muzik Lebih Matang

Dalam masa sama, Park Ji Hoon turut membuat kemunculan semula muzik yang dinanti-nantikan menerusi album single solo pertamanya, “RE:FLECT”, yang dilancarkan pada 29 April 2026.

Menampilkan sisi muzik yang lebih matang dan refined, lagu utama album tersebut berjaya melepasi 1 juta tontonan hanya dalam tempoh 12 hari — sekali lagi membuktikan populariti serta pengaruh globalnya.

Fan Con “RE:FLECT” Bakal Temui Peminat Malaysia

Jun ini, Park Ji Hoon bakal membawa era terbaru muziknya ke Malaysia menerusi “2026 PARK JIHOON ASIA FAN CON [RE:FLECT] IN KUALA LUMPUR”.

Acara anjuran KGH dengan kerjasama produksi tempatan YKS Management serta platform tiket rasmi Megatix itu akan berlangsung pada 6 Jun 2026, jam 6 petang di KLCC Plenary Hall.

Harga Tiket & Jualan Rasmi

Jualan tiket rasmi akan bermula pada 14 Mei, jam 9 pagi menerusi Megatix.

Peminat dinasihatkan untuk membeli tiket menerusi saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • VVIP – RM890
  • VIP – RM790
  • Zone S – RM690
  • Zone R – RM590
  • Zone A – RM490
  • Zone B – RM390
  • Zone C – RM290
Faedah peminat