Dalam suasana yang lebih tenang dan penuh refleksi sempena Hari Ibu Bapa, filem “The King’s Warden” dan drama “The Dream Life of Mr. Kim” muncul antara pemenang terbesar di Baeksang Arts Awards Ke-62.
Majlis anugerah yang berlangsung di COEX, Gangnam pada Jumaat itu bermula jam 7:50 malam dan berlangsung lebih empat jam dengan tema “the stage”, yang meraikan karya dalam televisyen, filem, teater dan muzikal. Anugerah ini memberi penghormatan kepada kandungan hiburan Korea yang disiarkan antara April 2025 hingga Mac 2026.
Majlis tahun ini juga berlangsung dalam suasana lebih menyentuh emosi apabila turut diadakan segmen penghormatan khas buat figura seni mendiang Lee Soon-jae dan Ahn Sung-ki. Rakaman suara mereka dimainkan sepanjang acara, menjadikan suasana lebih sayu dan bermakna.
Bagi kategori filem, Yoo Hae Jin membawa pulang Daesang menerusi wataknya sebagai ketua kampung Heung Do dalam “The King’s Warden.” Filem itu turut mencipta sejarah apabila berjaya melepasi 10 juta tontonan di pawagam.
Untuk kategori televisyen pula, Daesang dimenangi oleh “The Dream Life of Mr. Kim,” drama kemanusiaan tentang seorang lelaki pertengahan usia yang kehilangan pekerjaan dan cuba membina semula kehidupannya. Ryu Seung Ryong menyifatkan drama itu sebagai karya yang mengambil risiko kreatif dan mungkin mudah dipandang sepi dalam format drama biasa.
Anugerah Filem Terbaik dimenangi “No Other Choice” arahan Park Chan Wook. Dalam ucapan kemenangannya, beliau berkata unsur humor sangat penting ketika berdepan kemarahan atau kesedihan kerana ia membantu manusia melepaskan tekanan emosi.
Dalam kategori lakonan televisyen, Hyun Bin memenangi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi “Made in Korea.” Ketika menerima anugerah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Son Ye Jin, dan anak mereka atas sokongan sepanjang penggambaran.
Sementara itu, kejutan besar berlaku dalam kategori Pengarah Terbaik Filem apabila Yoon Ga Eun memenangi anugerah tersebut menerusi filem indie “The World of Love,” menewaskan nama besar seperti Park Chan Wook dan Jang Hang Joon. Filem itu mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah mangsa keganasan seksual yang cuba membina semula hidupnya dan belajar mencintai dirinya sendiri.
Dalam kategori televisyen, Pengarah Terbaik dimenangi Park Shin Woo menerusi “Our Unwritten Seoul.” Ketika menerima anugerah, beliau berkata drama sepatutnya menjadi tempat bergantung untuk mereka yang berasa tersisih dan tidak mempunyai tempat lain untuk dituju.
Bagi kategori hiburan, Kian84 memenangi Penghibur Lelaki Terbaik dan mengakui setiap kali hadir ke Baeksang masih terasa baharu buat dirinya. Lee Soo Ji pula memenangi Penghibur Wanita Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut.
Majlis tahun ini turut mencipta sejarah apabila kategori muzikal diperkenalkan buat pertama kali. Muzikal “Arang” memenangi Muzikal Terbaik, manakala Kim Junsu membawa pulang anugerah lakonan muzikal terbaik menerusi “Beetlejuice.”
Berikut senarai penuh pemenang:
📺 Kategori Siaran (TV)
🏆 Daesang: Ryu Seung Ryong (The Dream Life of Mr. Kim)
🏆 Drama Terbaik: You and Everything Else (Netflix)
🏆 Pengarah Terbaik: Park Shin Woo (Our Unwritten Seoul)
🏆 Penulis Skrip Terbaik: Song Hye Jin (You and Everything Else)
🏆 Pelakon Lelaki Terbaik: Hyun Bin (Made in Korea)
🏆 Pelakon Wanita Terbaik: Park Bo Young (Our Unwritten Seoul)
🏆 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Yoo Seung Mok (The Dream Life of Mr. Kim)
🏆 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lim Soo Jung (Low Life)
🏆 Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Lee Chae Min (Bon Appétit, Your Majesty)
🏆 Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Bang Hyo Rin (Aema)
🎬 Kategori Filem
🏆 Daesang: Yoo Hae Jin (The King’s Warden)
🏆 Filem Terbaik: No Other Choice
🏆 Pengarah Terbaik: Yoon Ga Eun (The World of Love)
🏆 Pelakon Lelaki Terbaik: Park Jeong Min (The Ugly)
🏆 Pelakon Wanita Terbaik: Mun Ka Young (Once We Were Us)
🏆 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Lee Sung Min (No Other Choice)
🏆 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Shin Sae Kyeong (HUMINT)
🏆 Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Park Ji Hoon (The King’s Warden)
🏆 Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Seo Su Bin (The World of Love)
🎭 Kategori Teater
🏆 Baeksang Best Theater: “Jellyfish”
🏆 Best Young Theater: Tank of fire (“Chang So” – syarikat teater)
🏆 Best Performer: Kim Shin Rok (“PRIMA FACIE”)
🎼 Kategori Muzikal
🏆 Muzikal Terbaik: “ARANG”
🏆 Pencapaian Kreatif: Seo Byung Goo (“Evita” – koreografi)
🏆 Performer Terbaik: Kim Junsu (“Beetlejuice”)
🌟 Popularity Award
🏆 Park Ji Hoon
🏆 Lim Yoona
Tahniah kepada semua pemenang 🎉


