Kim Hyang Gi Panik Bila Cha Hak Yeon Hampir Kantoi Novel BL Dalam “Absolute Value of Romance”

Kim Hyang Gi hampir “kantoi” rahsianya ketika popularitinya sedang meningkat dalam *“Absolute Value of Romance”!

Drama ini mengisahkan pelajar sekolah Yeo Eui Ju (Kim Hyang Gi) yang secara diam-diam menulis novel BL dengan guru-guru kacaknya sebagai watak utama. Namun, hidupnya mula jadi kelam-kabut apabila dia sering terserempak dengan guru-guru tersebut dalam situasi tak dijangka.

Spoiler

Gambar terbaru untuk episod 5 dan 6 memberi bayangan kehidupan Eui Ju akan jadi lagi huru-hara. Selepas tiba-tiba menjadi penulis terkenal, kegembiraannya tak lama apabila dia hampir tertangkap—novelnya hampir ditemui oleh Wu Su (Cha Hak Yeon).

Reaksi Wu Su yang terkejut melihat laptop berbeza dengan Eui Ju yang terpaku, jelas menunjukkan situasi tegang tersebut.

Dalam masa yang sama, watak-watak dalam imaginasi Eui Ju melalui novelnya “We Were Friends” turut mencuri perhatian. Versi fiksyen Wu Su, Gi Jeon (Sohn Jeong Hyuck) dan Dong Ju (Kim Dong Gyu) tampil jauh berbeza daripada realiti—lebih intense dengan aura “love-hate” yang kuat. Dialog over-the-top dan situasi berani dalam novel itu dijangka menambah lagi keseronokan cerita.

 

Lebih menarik, Eui Ju juga bertemu “kawan fangirl” secara tak sengaja semasa girls’ night bersama rakan-rakannya, menjadikan episod ini lebih ceria dan penuh gelak tawa.

Dalam masa sama, ketegangan mula terasa dalam kalangan guru. Da Ju (Kim Jae Hyun) dilihat risau tentang sesuatu berkaitan Wu Su, memberi bayangan konflik yang bakal berlaku.

Episod 5 dan 6 “Absolute Value of Romance” akan ditayangkan pada 24 April, jam 8 malam (KST) dan boleh ditonton di Prime Video Malaysia.


Sumber : 1