Lucas, bekas ahli NCT, kini secara rasmi tidak lagi bersama SM Entertainment.
Pada 24 April (KST), SM Entertainment mengumumkan melalui Weverse bahawa kontrak eksklusif mereka dengan Lucas telah berakhir.
“Hello, ini SM Entertainment.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas kasih sayang dan sokongan terhadap Lucas.
Dengan ini dimaklumkan bahawa kontrak eksklusif bersama Lucas telah berakhir secara rasmi pada 24 April (KST).
Kami amat menghargai setiap momen yang dilalui bersama Lucas, dari zaman latihan hingga ke debut dan pelbagai aktivitinya, dan akan terus menyokongnya dalam apa jua langkah seterusnya.
Kami berharap peminat juga akan terus memberi sokongan kepada Lucas ketika dia memulakan fasa baharu dalam hidupnya.
Terima kasih.”
Lucas memulakan kerjaya sebagai ahli NCT pada tahun 2018 dan turut aktif dalam unit WayV. Namun, beliau menggantung aktiviti selepas terpalit dengan kontroversi berkaitan kehidupan peribadinya, sebelum mengumumkan keluar dari kumpulan pada 2023.
Sejak itu, Lucas meneruskan kerjaya solo dan melancarkan EP “Renegade” pada April 2024.
Sumber: 1
