3 Perkara Menarik Untuk Dinantikan Dalam Drama Terbaru Kim Go Eun & Kim Jae Won “Yumi’s Cells 3

Siap sedia untuk tayangan perdana sekuel ke-3 “Yumi’s Cells”!

“Yumi’s Cells” mengisahkan tentang seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi (Kim Go Eun)—dari perspektif sel-sel dalam otaknya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakannya. Menjelang Musim 3, Yumi kini menjadi seorang penulis terkenal, namun hidupnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Soon Rok (Kim Jae Won).

Berikut tiga perkara utama yang membuatkan drama ini semakin dinanti:


1. Kisah cinta “benci tapi sayang”

Salah satu kata kunci utama untuk Musim 3 ialah hubungan “love-hate”. Walaupun berjaya dalam kerjaya, Yumi masih agak kekok dalam soal cinta.

Soon Rok pula sering mencetuskan rasa geram Yumi dengan personaliti yang sangat berbeza, menjadikan kimia mereka yang bertentangan ini antara tarikan utama drama.

Pengarah Lee Sang Yeob berkongsi bahawa Soon Rok hadir dalam hidup Yumi yang kelihatan sempurna seperti “batu yang mengganggu air tenang.” Menarik untuk lihat bagaimana dia mengubah rutin Yumi dan bagaimana hubungan mereka berkembang.

Menurut penulis Song Jae Jung, hubungan ini berbeza daripada hubungan Yumi sebelum ini—dari segi proses, kelajuan dan sebab—dan akan membawa perubahan baru dalam hidupnya.


2. Perubahan dalam “dunia sel” & pencarian diri semula

Kejayaan Yumi sebagai penulis membawa perubahan besar kepada “dunia sel” dalam dirinya.

Penulis Kim Kyung Ran menjelaskan bahawa sel penulis Yumi semakin kuat, tetapi kesannya banyak sel lain hilang, menjadikan “kampung sel” itu kosong. Kehadiran Soon Rok kemudian mencetuskan perubahan baru.

Jika Musim 1 dan 2 menunjukkan Yumi mencari dirinya melalui cinta, Musim 3 pula memaparkan Yumi yang merasakan dirinya sudah “lengkap”, tetapi terpaksa berdepan perubahan baru dan menemui semula dirinya yang sebenar.


3. Mesej sokongan yang menyentuh hati

Seperti musim sebelumnya, “Yumi’s Cells” membawa mesej positif untuk penonton yang sedang menghadapi realiti kehidupan.

Pengarah Lee Sang Yeob berkata Yumi menjadi lebih matang apabila dia jatuh cinta, dan penonton boleh melihat bagaimana dia terus melangkah ke hadapan dalam hidup.

Penulis Song Jae Jung pula berharap kisah kejayaan dan kebahagiaan Yumi dapat memberi semangat kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran.

Tambah penulis Kim Kyung Ran, seperti sel-sel dalam diri Yumi yang sentiasa menyokong kebahagiaannya, kita juga mempunyai “sel” dalam diri yang mahu kita bahagia—dan itu adalah mesej utama drama ini.


“Yumi’s Cells 3” akan mula ditayangkan pada 13 April jam 6 petang (KST). Siri ini juga turut tersedia di HBO Max Malaysia untuk tontonan rama.


Sumber : 1