Hwang Minhyun disahkan akan kembali untuk Musim 2 drama popular TVING, “Study Group”!
Pada 27 Januari, pasukan produksi “Study Group” mengesahkan bahawa Hwang Minhyun akan mengulangi peranannya sebagai watak utama, Youn Ga Min.
Sebagai tonggak utama kejayaan drama ini, Hwang Minhyun sekali lagi akan menjadi fokus dalam Musim 2. Selepas menamatkan khidmat ketenteraan pada Disember lalu, beliau memilih “Study Group” Musim 2 sebagai projek kemunculan semulanya.
Pasukan produksi menyatakan keyakinan tinggi terhadap musim baharu ini dengan berkata,
“Hwang Minhyun sudah mempunyai pemahaman yang sangat mendalam terhadap wataknya. Penonton boleh menantikan sisi baharu Ga Min yang tidak ditampilkan dalam Musim 1—termasuk sebab sebenar mengapa dia begitu bersungguh-sungguh mahu pandai belajar, dilema yang dihadapinya—serta aksi yang lebih hebat dan spektakular.”
Diadaptasi daripada webtoon popular dengan judul yang sama, “Study Group” merupakan drama aksi-komedi sekolah menengah yang mengisahkan Youn Ga Min (Hwang Minhyun), seorang pelajar yang bercita-cita untuk cemerlang dalam akademik tetapi hanya berbakat dalam pertarungan. Di sebuah sekolah menengah yang terkenal sebagai antara yang paling bermasalah, dia menubuhkan kumpulan belajar dan terjun ke dunia peperiksaan kemasukan universiti yang penuh tekanan. Drama ini berjaya menduduki carta Top 5 di lebih 140 wilayah di Viki, sekali gus membuktikan kejayaannya di peringkat global.
Menurut syarikat produksi webtoon YLAB, dalam Musim 2, Youn Ga Min bersama ahli kumpulan belajar yang ikatan persahabatannya semakin kuat akan berdepan dengan kuasa jahat berskala besar yang mengancam bukan sahaja Sekolah Menengah Teknikal Yuseong, malah pelajar di seluruh negara. Musim ini dijanjikan dengan aksi yang lebih padu dan memuaskan.
Pada penggemar drama Korea yang masih belum berkesempatan untuk menonton musim pertama “Stiudy Group”, and aboleh menontonnya di Viu Malaysia dan Viki.
Sumber : 1
