Jessica Jung Kembali. Malaysia Jadi Pentas Pertama Konsert ‘Reflection’, Januari 2026

Malaysia Sebagai Destinasi Pertama Jelajah Konsert Jessica Jung 2026 Menampilkan Reka Pentas Berbentuk T Tiket konsert mula dijual 20 November Tiket bas ulang-alik eksklusif untuk pembeli tiket

Kuala Lumpur, 17 November 2025 – Ikon K-pop Jessica Jung, atau lebih dikenali sebagai Jessica, kembali ke Malaysia sebagai destinasi pertama siri jelajah konsert terbaharunya berjudul , membawakan persembahan audio dan visual bagi memulakan tahun baharu dengan penuh bermakna.

Penganjur HUISHIYULE mengumumkan bahawa Jessica Concert Tour 2026 in Malaysia akan menampilkan reka bentuk pentas khas berbentuk T, bolehlah Jessica berinteraksi lebih dekat dengan para peminat yang turut digelar Golden Stars, sekali gus menawarkan pengalaman konsert yang lebih intim dan mengujakan.

Harga Tiket dan Pelan Tempat Duduk

Konsert akan berlangsung pada 11 Januari 2026 (Ahad), jam 7 malam, bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting. Tiket boleh dibeli melalui www.fantopia.io dan rwgenting.com bermula Khamis, 20 November 2025, jam 3 petang, dengan harga:

  • RM988 (VIP)
  • RM788 (PS1)
  • RM588 (PS2)
  • RM488 (PS3)
  • RM288 (PS4)

Semua harga tertakluk kepada caj pemprosesan RM4.

Pelan Kedudukan Tempat Duduk Dengan Reka Pentas Berbentuk T

Sebagai destinasi pembukaan jelajah dan lokasi yang menampilkan pentas berbentuk T, konsert ini dijangka menerima permintaan yang tinggi. Para peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan peluang menyaksikan malam pembukaan jelajah luar biasa Jessica ini.

Perkhidmatan Bas Ulang-Alik

Untuk kemudahan penonton, penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik antara KL Sentral dan SkyAvenue Bus Terminal. Harga tiket bas ialah:

  • RM50 untuk sehala

  • RM80 untuk pergi balik

Jadual bas:

  • Dari KL Sentral: 12 tengah hari & 2 petang

  • Dari SkyAvenue (pulang selepas konsert): 10.30 malam & 11.30 malam

Tiket bas hanya eksklusif untuk pemegang tiket konsert dan boleh dibeli melalui www.fantopia.io.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti penganjur HUISHIYULE @ht.entertainmentcompany di Instagram.