Drama Perisik Antarabangsa ‘Tempest’ Jadi K-Drama Asal Nombor Satu Paling Banyak Ditonton 2025 di Disney+ Hotstar Seluruh Dunia

Disney+ Hotstar hari ini mengumumkan bahawa drama perisik antarabangsa Tempest kini menjadi tayangan perdana K-drama asal paling banyak ditonton tahun 2025 di platform Disney+ Hotstar — bukan sahaja di Korea, tetapi juga di Asia Pasifik (APAC) dan seluruh dunia — berdasarkan lima hari pertama penstriman.

Menggabungkan barisan pelakon antarabangsa yang hebat, Tempest mengisahkan Seo Munju, seorang bekas diplomat yang cuba membongkar kebenaran di sebalik cubaan pembunuhan terhadap calon presiden. Keadaan bertambah rumit apabila calon itu dituduh sebagai perisik Korea Utara, sekali gus membawa Munju ke dalam jaringan penuh penipuan, rahsia negara dan konspirasi besar.

Munju dilindungi oleh Paik Sanho, seorang tentera upahan dengan latar belakang mencurigakan. Namun, ketika semakin banyak rahsia terbongkar, Munju terus diburu dan berdepan ancaman yang boleh menggugat keselamatannya. Persoalannya, mampukah Sanho melindunginya sambil menahan perasaan yang makin berputik?

Barisan Pelakon Utama Tempest:

  • Gianna Jun (My Love From The Star, Kingdom) sebagai Seo Munju, bekas duta besar PBB
  • Kang Dongwon (Peninsula, Uprising) sebagai Paik Sanho, pengendali taktikal elit
  • John Cho (Star Trek, Murderbot) sebagai Anderson, Penolong Setiausaha Negara
  • Lee Misook (Queen of Tears, The Plot) sebagai Lim Okseon, ibu calon presiden
  • Park Haejoon (When Life Gives You Tangerines) sebagai calon presiden Jang Junik
  • Christopher Gorham (The Lincoln Lawyer, Ugly Betty) sebagai Ethan, tentera upahan
  • Michael Gaston (Daredevil: Born Again, Bridge of Spies) sebagai Setiausaha Pertahanan Eagleton
  • Spencer Garrett (Once Upon a Time…In Hollywood) sebagai Presiden Houser

Pasukan Produksi:

Tempest diarahkan oleh Kim Heewon (Queen of Tears, Vincenzo) bersama pengarah aksi terkemuka Heo Myeonghaeng (The Roundup: Punishment, Badland Hunters), dengan skrip oleh Chung Seokyung (Decision to Leave, Little Women). Siri ini diterbitkan oleh Imaginus dengan kerjasama Showrunners, AA dan Skydance.

Sebagai tambahan kepada Tempest, Disney+ Hotstar turut menampilkan siri Korea lain yang mendapat sambutan hangat seperti Nine Puzzles, A Shop For Killers, Hyper Knife, Moving, dan banyak lagi.

Rasai debaran konspirasi, pengintipan dan intrik politik dalam Tempest – kini distrim eksklusif di Disney+ Hotstar.