“Kami berhasrat membawa BTS ke Malaysia” – Macpie

Kuala Lumpur – Pihak penganjur untuk konsert Blackpink In Your Area, Macpie dalam perancangan untuk membawa kumpulan idol paling popular di seluruh dunia, iaitu BTS susulan daripada kejayaan konsert Blackpink selama dua hari bermula semalam.

Menurut laporan daripada Astro Awani, ketua pengarah eksekutifnya Ang Chee Ciang berkata, “MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini. Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.”

Tambahnya lagi, “MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus.”

Sebelum ini, BTS difahamkan akan meneruskan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat pula yang dinamakan sebagai, Speak_Yourself selepas konsert jelajah mereka di Asia berakhir pada April 2019. Beberapa ahli koporat termasuklah Tony Fernandes turut menyatakan hasrat sama membawa BTS ke sini.

loading...