Rowoon bakal memulakan khidmat ketenteraannya pada bulan Julai ini.
Pada 27 Mei, MyDaily melaporkan bahawa Rowoon dijadualkan akan menyertai latihan ketenteraan pada hari Isnin, 21 Julai.
Sebagai respons terhadap laporan tersebut, agensinya FNC Entertainment mengesahkan berita itu dan menyatakan, “Benar bahawa Rowoon akan mendaftar masuk pada 21 Julai. Beliau akan memasuki pusat latihan dan menjalani perkhidmatan ketenteraan sebagai anggota aktif dalam Tentera Darat.”
Rowoon memulakan debutnya pada tahun 2016 sebagai ahli kumpulan SF9 sebelum secara rasmi memberi tumpuan kepada bidang lakonan selepas meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2023. Beliau memulakan kerjaya lakonan melalui drama School 2017 dan mula meraih populariti menerusi watak utama dalam Extraordinary You.
Sebelum menjalani latihan ketenteraan, Rowoon akan mengadakan pertemuan bersama peminat bertajuk Before Blooming pada 31 Mei di Universiti Kwangwoon, Seoul. Beliau juga kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran siri asal Disney+ Hotstar yang akan datang bertajuk The Murky Stream.
All the best, Rowoon! Jaga diri & semoga segalanya lancar.