[Gempar] Cignature dibubarkan setelah 4 tahun ‘debut’

Kumpulan kpop Cignature dibubarkan setelah empat tahun bersama.

Wakil agensi mereka, C9 Entertainment membuat keputusan tersebut menerusi kenyataan dibuat sebentar tadi.

“Setelah dibincangkan bersama, pihak kami dan ahli-ahli bersetuju untuk membubarkan kumpulan Cignature ini. Hasilnya, kontrak eksklusif kesemua tujuh orang ahli Cignature ditamatkan serta-merta walaupun ada yang berbaki, dan aktiviti kumpulan ini telah pun berakhir pada 30 November 2024 lalu,” kata wakil agensi dalam satu kenyataan di laman komuniti peminat serta disusuli dengan kenyataan yang sama di twitter dan lain-lain.

“Kami berterima kasih kepada ahli-ahli yang berbuat terbaik walaupun ada di antara mereka telah berhadapan dengan kepayahan dan rintangan. Kami memohon maaf kepada peminat dan berharap kalian tetap meneruskan sokongan kepada ahli-ahli yang menceburi pelbagai bidang berbeda kelak,” sambungnya lagi.

Cignature pertama kali menceburi industri muzik kpop pada Februari 2020 dengan lagu berjudul Nun Nu Nan Na. Ketika pertama kali ‘debut’, mereka dibarisi dengan tujuh orang lain. Namun, yeA dan Sun meninggalkan kumpulan itu setahun kemudian sebelum dua orang ahli baru, Chloe dan Dahee memilih untuk menganggotai kumpulan itu.  Pemergian Chloe daripada Cignature pada awal tahun 2024 ini menyebabkan Cignature hanya tinggal enam orang ahli sehinggalah agensi mengumumkan pembubaran mereka pada hari ini.

Cignature sewaktu ‘debut’ pada tahun 2020.

 

Sumber:  OSEN, IS Plus

loading...