Sehun dan Suho akan membuat penampilan istimewa didalam rancangan variety KBS2 ‘Hello Counselor’. Kali terakhir ahli EXO Chanyeol, Baekhyun dan Chen muncul di rancangan ini pada tahun 2015 yang juga sempat mempromosikan lagu terbaru mereka ketika itu iaitu ‘Call Me Baby’.
‘Hello Counselor’ adalah program temu bual di mana artis undangan berkongsi kebimbangan mereka mengenai masalah sosial masyarakat dengan harapan dapat mencari penyelesaian. Dimana MC dan selebriti undangan akan mendengar kebimbangan dan masalah yang akan dibincangkan, mereka akan berkongsi idea tentang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas perbincangan menyeluruh, penonton akan mengundi sama ada idea yang diutarakan akan dapat atau tidak menyelesaikan masalah ini.