Park Eun Bin, Yeon Woo Jin & Dong Ha sah membintangi drama SBS Nothing To Lose

Yeo Woo Jin.Park Eun Bin. Dong Ha

Ketiga-tiga mereka telah pun mengesahkan kehadiran mereka dalam drama terbaru terbitan SBS, iaitu Nothing To Lose.

Terlebih dahulu, pelakon baru yang agak menyinar ada tahun ini, Dong Ha menerusi watak komedi ‘Myungsok’ dalam KBS Chief Kim dan pembunuh psikopat bersiri dalam SBS Suspicious Partner mengejutkan orang ramai dengan projek terbarunya melalui drama ini. Beliau pernah menolak drama MBC I am Not Robot yang kemudiannya digantikan oleh Yoo Seung Ho.

Dong Ha akan menjadi pendakwaraya yang disifatkan sebagai ‘anjing gila’ , yakni akan mendakwa sesiapa saja tanpa rasa ragu-ragu. Beliau termasuk dalam kalangan ‘elit’ dalam pejabat pendakwaraya.

SBS Nothing To Lose mengisahkan tentang hakim muda yang cepat panas hati yang dilakonkan oleh Park Eun Bin (maklumat lebih lanjut dibaca melalui pautan ini). Hakim tersebut akan diimbangi oleh hakim yang penyabar dan merupakan ‘role model’ yakni bakal dilakonkan oleh Yeon Woo Jin.

Drama ini bakal diarahkan oleh pengarah baru, Lee Gwang Young iaitu pembantu pengarah SBS Entertainer. Tiada maklumat mengenai penulis, hanya dinamakan sebagi Seo In kerana mungkin juga beliau seorang maknae. SBS Nothing To Lose akan disiarkan selepas SBS While You Are Sleeping berakhir.

Sumber: tenasia , sport chosun

 

loading...