[@Trivia Menarik] Song Joong Ki dan Song Hye Gyo akan berkahwin 10 hari dari sekarang

Pasangan selebriti Korea paling mengancam dan popular, Song Joong Ki dan Song Hye Gyo, yang digelar “Songsong couple” oleh peminat mereka, akan mengikat tali perkahwinan tak lama saja lagi iaitu 10 hari daripada sekarang. Mereka dijadualkan berkahwin di Hotel Shilla bertempat di Seoul pada 31 October ini dan akan dihadiri keluarga serta beberapa rakan terdekat. Khabarnya, majlis mereka akan dilaporkan oleh media tempatan yang terpilih. Begitu dasyat penangan selebriti Song-song yang pernah meraih “daesang” kedua-duanya semasa anugerah akhir tahun KBS yang berlangsung pada tahun 2016 menerusi drama hit gandingan mereka, KBS Descendants of The Sun. Kita berbalik pada bagaimana mereka memulakan karier sebagai selebriti seterusnya dikenali dan didambai peminat seluruh dunia.

Song Joong Ki dan Song Hye Gyo semasa kecil.

Song Hye Gyo, nama yang tak perlu dikenalkan lagi,ialah pelakon Korea yang memiliki wajah “natural” paling cantik. Beliau telah lama memulakan aktiviti seni sejak berusia belasan tahun lagi, dengan memenangi pertandingan ratu cantik peringkat persekolahan pada tahun 1996 sebelum menyerlah kemudian dengan watak penghidap leukemia dalam drama klasik Korea, iaitu KBS Autumn In My Heart. Sejak daripada itu, Song Hye Gyo mula dikenali di serantau Asia.

Song Joong Ki, pula agak lewat dalam menceburkan dirinya dalam aktiviti seni yakni sewaktu beliau melanjutkan pelajaran di Sunkyunkwan University. Song Joong Ki menyertai sesi fotografi rahsia dipanggil sebagai “Arang Young Ahm” sebelum membintangi beberapa siri drama terutamanya KBS Sungkyunkwan Scandal pada tahun 2009 yang membuatkan namanya mula menitip di bibir masyarakat sebagai pedagang di zaman Joseon.

Dari atas kiri: KBS Autumn in My Heart, KBS Sunkyunkwan Scandal.
Dari bawah kiri: KBS Full House, KBS Nice Guy

Tak cukup dengan itu, mereka kembali semula dalam dalam bersiri terbitan KBS. Song Hye Gyo membawakan watak komedi romantik sebagai penulis skrip dalam KBS Full House pada tahun 2004, yang mana dalam drama berkenaan, beliau menandatangi perjanjian kontrak dengan penyanyi Rain dan mereka harus duduk serumah. KBS Full House telah menyebabkan “hallyu” di seluruh dunia, malah Song Hye Gyo turut digelar “Princess of Asia” setanding dengan Choi Ji Woo semasa itu. Manakala, Song Joong Ki pula memilih untuk membintangi drama KBS Nice Guy, nukilan Lee Kyung Hee bergandingan dengan Moon Chae Won. Song Joong Ki melakonkan watak lelaki talam dua muka yang hidup dendam tapi berubah hati setelah menemui gadis membuatkannya jatuh cinta sekali lagi. Hasilnya, lakonan Song Joong Ki telah dipuji oleh sesetengah pengkritik dan akhirnya merangkul anugerah Best Actor dalam 1st CARI Kdrama Awards.

Mereka bersama dalam KBS Descendants of The Sun.

Mereka mungkin tak dijangka-jangka pertama kali dipertemukan dalam drama bersiri terbitan KBS, tulisan Kim Eun Sook. Song Joong Ki sebagai askar diperintahkan untuk menjaga batalion di luar negara bercinta dengan seorang doktor wanita lakonan Song Hye Gyo dalam misi kemanusiaan di Uruk berdekatan dengan Greek. Tiada siapa sangka percintaan mereka mula berputik sejak menjalani penggambaran drama berkenaan. Bukan saja drama tersebut menyebabkan mereka mendapat penghargaan “Couple of The Year” dalam 5th CARI Kdrama Awards serta meraih daesang di akhir tahun, tetapi juga telah mendekatkan lagi romantis antara mereka. Seperti dikatakan sumber OSEN, “Ia bukan rahsia lagi bahawa mereka bercinta sebelum tayangan Descendants of The Sun pada awal tahun 2016. Mereka sudah lama ‘dating’ sejak penggambaran drama itu selesai.” Kim Eun Sook, selaku orang yang bertanggungjawab menggarap skrip drama tersebut, berkata , ” Song Hye Gyo pernah memberitahu saya begini: Yoo Ji Shin (karakter Song Jong Ki) sebenarnya telah mengubah hidupnya. Song Joong Ki memiliki personaliti yang mesra, tapi dia menjadi semakin menawan sejak menjadi Yoo Shi Jin.” Tambah Kim Eun Sook lagi, “Mereka bercinta sampai mati. Saya berasa sangat terharu.”

Kejutan pengumuman perkahwinan mereka pada Julai yang lalu masih lagi terngiang-ngiang kerana jarang sekali selebriti korea bertekad untuk melangsungkan perkahwinan dengan bintang gandingan mereka, apa yang selalu disebut sebagai cinta lokasi. Mereka tanpa segan dan silu bersama-sama ber’honey moon’ sebaik saja membuat pengumuman berkenaan. Namun, tarikh 31 October pastinya keramat buat diri mereka. Walaupun jarak usia mereka hanya empat tahun beza, ianya masih membuatkan mereka kelihatan sebaya dan sedondon.

Tahniah kami ucapkan!

Jujur ikhlas daripada sidang rediaksi Kmania!

Sumber: msn, hankookilbo , OSEN

loading...