Siapakah pula akan menduduki Kmania Top 10 Stars untuk Feb 2019 ?

Kmania sedang menerbitkan senarai TOP 10 Stars pilihan rakyat Malaysia bagi setiap bulan bermula November 2018. Senarai yang dipanggil sebagai “Kmania Top 10 Stars” ini akan diterbitkan pada minggu terakhir setiap bulan. Park Seo Joon, Taehyung BTS, Do Kyung Soo EXO, Song Ji Hyo dan Lee Jong Suk ialah juara Top 10 Stars sebelum ini masing-masing untuk bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Untuk bulan Januari, portal undian direhatkan untuk memberikan laluan pada 7th CARI Kdrama Awards.

Dari kiri: Lee Jong Suk, Jang Nara, Lisa (Blackpink), Park Jimin (BTS)

Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori di bawah adalah berdasarkan sohor kini (‘trending’) di laman sosial mengikut geografi Malaysia saja , aktiviti mereka lakukan di Malaysia serta karya mereka yang menjadi keminatan rakyat Malaysia. Penilaian diambil pada tarikh 25 Jan sehingga 28 Februari. Anda mesti mengundi untuk menentukan siapakah bakal terpilih dalam”Kmania Top 10 Stars” bagi edisi bulan Februari yang akan diterbitkan tak lama lagi. Anda dibenarkan mengundi tidak lebih daripada 10 calon saja.

UNDIAN DITUTUP PADA 1 MAC 2019.

loading...