Nam Joo Hyuk dihalang masuk ke dalam bilik hotel di Kuala Lumpur?

Nam Joo Hyuk ketika tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur semalam.

Seperti yang kita ketahui, NamJoo Hyuk akan mengadakan sesi perjumpaan dengan peminat di Kuala Lumpur pada hari ini bertempat di KWC StarExpo Centre. Mengikut video yang dimuatnaik ke instagram sebentar tadi, Nam Joo Hyuk dihalang masuk ke bilik hotel selepas dia turun sebentar menyaksikan panorama indah sekitar hotel Hilton, Kuala Lumpur. Nam Joo Hyuk beberapa kali mengetuk pintu masuk kerana mungkin dia tak memegang kunci bilik tersebut.

Tapi jangan terkejut, rupanya ia sekadar “prank” yang sengaja dilakukan rakan yang juga pengurus beliau. Nam Joo Hyuk akhirnya masuk ke dalam bilik dengan jayanya. Comel betul menyaksikan Nam Joo Hyuk dipermainkan rakannya.

 

Bagi peminat yang bertuah menyaksikan Nam Joo Hyuk untuk sesi perjumpaan peminat ini, jangan lupa temujanji kita pada malam ini.

Sumber: instagram , kmania1

loading...