Bang Yedam Realisasikan Impian di Malaysia dan Berjaya Cipta Memori Istimewa di Pertemuan Peminat Pertama
Impian jadi Kenyataan – bang yedam hadiahkan momen istimewa buat peminat di Kuala Lumpur:
Kenangan Paling Indah – Bang Yedam Cipta Momen Istimewa di Pertemuan Peminat Sulungnya di Malaysia
Bang Yedam terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh peminatnya di Malaysia. Tambahan kelihatan lautan denim mencipta trend konsert yang mana ia merupakan kod warna bagi acara itu. Paling manis, lagu ‘Come to Me’ menyatukan Bang Yedam dan peminat apabila lagu tersebut jadi lagu tema “BE YOUR D” di Kuala Lumpur di mana peminat turut menyanyikan lagu itu bersama kesayangan mereka.
Zepp Kuala Lumpur, 24 Ogos 2024 (Sabtu) – peminat tanah air kepada Bang Yedam, telah menerima kunjungan pertama, beliau sebagai artis solo ketika berlangsungnya pertemuan peminat pertamanya di Malaysia. Acara ini dinamakan sebagai “BE YOUR D” BANG YEDAM 1ST FAN MEETING IN KUALA LUMPUR.
Pada hampir jam 3 petang, acara dimulakan dengan sesi sidang akhbar yang mana peminat dari zon VIP turut berpeluang untuk turut serta. Bang Ye-dam, yang mula dikenali dunia sejak 2012 melalui program uji bakat “K-pop Star,” dilihat tidak henti-henti tersenyum menjawab setiap soalan. Beliau menyatakan rasa terharu dengan sambutan hangat peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menzahirkan keterujaan untuk membuat persembahan yang penuh kejutan pada malam sebelumnya itu.
Menjawab pertanyaan KMania, tentang bagaimana beliau seawall usia 10 tahun, telah giat memulakan kerjaya dalam industri muzik dan telah menyesuaikan diri dengan cabaran mental dalam bidang tersebut – secara ringkas beliau menyimpulkan beliau tidak merasakan terganggu kerana melakukan perkara-perkara yang dia sukai dan idamkan. Tambahan juga, dengan sokongan mentor-mentor positif, beliau tidak merasa dibebani dengan pilihan kerjaya ini.
Ketika ditanya pula mengenai tempat menarik di Malaysia, Bang Ye-dam dengan gembira menyebut Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai destinasi impiannya. Dalam temubual, beliau juga mendedahkan bahawa album terbarunya akan dilancarkan pada 29 Ogos 2024, di mana beliau telah meluangkan banyak masa untuk memastikan hasil yang terbaik. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi sisi peribadi dengan peminat, seperti rutin menggosok gigi sebaik menaiki kapal terbang dan kecenderungan menari ketika mendengar lagu-lagunya sendiri dan suatu tanda yang dia menyukai lagu terbabit.
Pada jam 8 malam pula berlangsungnya acara kemuncak, sesi pertemuan peminat itu dimulakan dengan lagu-lagu “Miss You” dan “Only One,” diikuti dengan penampilan Bang Ye-dam menyanyikan lagu Bahasa Melayu “Cute (Stop Lah Being So Cute)” yang mendapat sorakan hangat daripada peminat. Persembahan beliau semakin memukau dengan aksi bermain keyboard dan nyanyian lagu-lagu cover seperti “Magnetic” oleh ILLIT, “Hate That I Love You” oleh Rihanna, dan lain-lain.
Beberapa peminat bertuah dijemput ke pentas untuk bermain permainan bersama Bang Ye-dam, manakala yang lain dipilih sebagai pemenang berdasarkan pakaian terbaik mengikut tema “Denim.” Semasa menyanyikan “Come to Me,” Bang Ye-dam turun dari pentas untuk bertemu peminat secara lebih dekat, malah sempat berswafoto dengan mereka.
Acara ditutup dengan persembahan “Only One” dan “Come to Me,” diikuti sesi “Hi Touch” bersama Bang Yedam. Peminat meninggalkan dewan dengan senyuman lebar, gembira dapat bertemu idola mereka. Terima kasih diucapkan kepada LOL ASIA dan GF Entertainment kerana merealisasikan impian peminat di Malaysia dengan mengadakan 2024 “BE YOUR D” BANG YEDAM 1ST FAN MEETING. Untuk pengetahuan, Malaysia menutup siri jelajah pertemuan peminat Bang Yedam di Asia Tenggara untuk mempromosikan album terbarunya, `Good Vibes’ yang bakal dilancarkan pada 29 Ogos.
Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di Facebook, Twitter, Instagram , TikTok dan Youtube untuk melihat kenangan-kenangan istimewa yang kami potretkan serta mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.