Hwang In Yeop akan buat kemunculan istimewa dalam drama terbaru Kim Yoo Jung dan Kim Young Dae

Hwang In Yeop tealh disahkan akan membuat penampilan istimewa dalam drama akan datang TVING “Dear X” (tajuk kerja)!

‘Dear X’ ialah sebuah karya yang diadaptasi berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini mengisahkan Baek Ah Jin, seorang pelakon terkenal yang mempunyai ramai peminat. Tetapi malangnya, dia mencapai kejayaan dengan mengambil kesempatan daripada orang lain, tetapi pada hari malangnya, dia berdepan dengan zaman kejatuhannya dan merosakkan kerjayanya.

Dalam penampilan istimewanya, Hwang In Yeop akan memainkan watak bintang terkenal Heo In Kang, seorang idol yang bertukar kerjaya sebagai pelakon. Setiap projek yang dibintanginya seringkali beroleh kejayaan besar.  Walau bagaimanapun, di sebalik kemewahan dan glamor, ada kegigihannya yang tak kenal lelah dan rasa tidak yakin yang mendalam. Berdepan dengan keletihan melampau , Heo In Kang mahu meninggalkan segala-galanya. Namun, dia mula berubah selepas bertemu dengan Baek Ah Jin. Selepas persembahan yang menakjubkan dalam “True Beauty,” “The Sound of Magic,” dan “Why Her?”, penonton akan menantikan transformasi Hwang In Yeop dalam “Dear X.”

Pengarah penerbitan (PD) Lee Eung Bok dari “Sweet Home,” “Mr: The Lonely and Great God,” dan ‘Descendants of the Sun’ akan menerbitkan drama TV pertamanya dengan “Dear X.” Baru-baru ini, disahkan bahawa Kim Yoo Jung, Kim Young Dae, Kim Do Hoon, dan Lee Yul Eum akan memainkan watak utama dalam drama ini.

Buat masa ini, Hwang In Yeop sedang siap sedia untuk membintangi drama terbarunya “Family by Choice”.

“Dear X” akan ditayangkan pada tahun 2025.

Sumber : 1

loading...