Hwarang dan TEMPEST kini berpisah akhirnya.
Pada 11 Ogos, agensi TEMPEST, Yuehua Entertainment, mengeluarkan kenyataan berikut:
Hello, ini Yuehua Entertainment.
Kami ingin memaklumkan aktiviti masa depan TEMPEST dan Hwarang.
Kami telah mengadakan perbincangan secara mendalam bersama Hwarang mengenai aktiviti dan kerjaya masa depannya. Selepas pertimbangan yang teliti, kami bersetuju untuk menamatkan aktiviti Hwarang sebagai ahli TEMPEST sekaligus menamatkan kontrak eksklusifnya.
Kami amat berterima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong Hwarang sehingga kini. Kami meminta sokongan padu dari anda untuk aktiviti masa depan Hwarang yang akan memulakan perjalanan yang baru. Disamping itu, kami juga akan sentiasa menyokong Hwarang di masa yang akan datang.
Kami akan mengambil tindakan dengan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu dan spekulasi mengenai artis kami. Selain itu, sila tunjukkan minat dan cinta anda terhadap TEMPEST, yang akan menyapa peminat melalui penyertaan mereka dalam rancangan realiti “Road to Kingdom.”
Terima kasih.
Sebelum ini pada bulan Mac, Yuehua Entertainment mengumumkan bahawa Hwarang akan menghentikan sementara aktivitinya selepas mengeluarkan kenyataan berasingan berhubung khabar angin tentang kehidupan peribadinya. Pada masa itu, klip Hwarang mengenai panggilan video dengan peminat telah bertebaran dalam talian di mana dia menjawab soalan peminat tentang melihatnya di kelab. Dalam jawapannya, Hwarang menjelaskan bahawa dia tidak melakukan apa-apa yang buruk dan dia hanya hadir untuk menikmati muzik.
Pada masa ini, TEMPEST sedang bersedia untuk mengambil bahagian dalam “Road to Kingdom: ACE OF ACE.”